10 Tempat Lepak Best Waktu Malam di Kota Bharu

Bagi yang berjiwa muda dan mencari tempat-tempat lepak best untuk waktu malam di Kota Bharu, pastinya ada yang sukakan makanan berat, ada yang sukakan makanan laut atau hanya hidangan sampingan.

“Jange bimbe, semuanya sedap dooh!” kata orang sini, Kota Bahru ada semuanya untuk memenuhi selera sampil lepak ambil angin malam. Ini adalah di antara aktiviti malam di Kota Bharu.

SIAM Restoran Ikan Bakar & Thai Street Food
Siam 2 ini merupakan sebuah restoran terbuka dengan dapur masak serta dipenuhi disekeliling bahagian hadapan dan tepi restoran dengan gerai yang menyediakan Thai Street Food seperti Pulut Mangga, Suo Rong Hai, Kerabu Maggi, Somtam, Miangpla dan macam-macam jenis masakan seafood!

Sesuai untuk indoor & outdoor seating
Setiap hari dari 3.00pm – 11.30pm
Alamat: Lot 352 Seksyen, 15, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan
Facebook: https://www.facebook.com/siamrestorankelantana

Hunger District
Berdekatan dengan Wakaf Che Yeh, sesuai untuk lepak santai-santai bersama keluarga atau kawan-kawan dengan harga yang berpatutan. Dengan suasana yang tidak terlalu ‘hipster’ tap tidak juga terlalu kampung, ada pelbagai jenis kopi, waffle, menu western seperti pasta, lamb chop dan sekawan dengannya.

Sesuai untuk indoor & outdoor seating
Setiap hari (Tutup setiap Selasa) dari 5.00pm – 12.00am
Alamat: Lot 3396, Jalan Pintu Geng, Lorong Putri Saadong, Kampung Kota Jelasin, 15100 Kota Bharu, Kelantan
Facebook: https://www.facebook.com/hungerdistrict

Kontena City
Kontena City ialah sebuah tempat makan terbuka yang berkonsepkan kontena di Kota Bharu atau lebih spesifik di tepi Jambatan Sultan Ismail (Jambatan Tendong). Tempat lepak ini jugak mamu memuatkan seramai 500 pelanggan dalam satu-satu masa. Juga sering jadi tempat riders lepak kerana parkingnya yang sangat-sangat luas!

Sesuai untuk indoor & outdoor seating
Setiap hari (Tutup setiap Selasa) dari 5.00pm – 12.00am
Alamat: Lot 1137, Jalan Wakaf Che Yeh – Salor – Pasir Mas, Kampung Chabang Tiga Pendek, 15100 Kota Bharu, Kelantan
Facebook: https://www.facebook.com/kontenacity

BeeliFood
Lepak sambil layan persembahan busking baru lah best. Semunya berlaku di tapak kawasan lapang yang dipenuhi dengan setoap foodstall berwarna kuning bertemakan lebah. Untuk pelanggan yang berkeluarga bersama anak kecil, scooter dan kereta automatik untuk dimain juga ada ya!

Sesuai untuk outdoor seating
Isnin – Sabtu dari 4.00pm – 12.00am
Alamat: 1542, Jalan Dato Lundang, Kampung Banggol, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Facebook: https://www.facebook.com/beelifood.lundang

D’Tanjak Cafe & Resturant
Kalau dah sampai di kelantan mestilah semua cari seafood, tapi di D’Tanjak Cafe & restaurant, pengunujung boleh melepak sambil menjamu raja segala Shellout Daun Pisang, Sotong Bakar, Mee udang/ketam/lobster juga Tiram yang segar diperah lemon! Foodstall makanan laut lain juga ada di sana.

Sesuai untuk outdoor seating
Setiap hari (tutup setiap selasa) dari 3.00pm – 12.00am
Alamat: Lot 2879B, Jalan Pasir Kota Bharu Puteh, Kampung Peringat, 16090 Melor, Kelantan
Facebook: https://www.facebook.com/DTanjakCafe

Uptown Dataran MARA
Port lepak di Kelantan yang paling lengkap, lebih dari makanan sahaja! Aktiviti menarik yang ada di sana antaranya adalah pameran lampu-lampu, melawat kucing jangok (setiap hari bajunya berbeza ya!), persembahan busking, pasar karat dan pakaian juga turut dijual disini.

Sesuai untuk outdoor seating
Setiap hari dari 8.00pm – 12.00am
Alamat: Dataran Mara, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Troika Avenue (Kredit: Malvest Group)

Kalau nak cari tempat homestay atau tempat tinggal, tempah terus dengan kami di sini.

LAPULAND, AEON Mall Kota Bharu
Tempat rahsia bercahaya ini berada di tingkat 2 AEON Mall Kota Bharu dan masuk adalah RM5 (kanak-kanak) & RM10 (dewasa) sahaja! Dihiasi dengan pelbagai bentuk kreatif dibuat dengan rangka besi dipenuhi dengan lampu LED ynag berwarna-warni. Sesuai untuk bergambar pada waktu malam untuk hasil gambar yang cantik.

Sesuai untuk aktiviti indoor
Setiap hari dari 10.00am – 10.00am
Alamat: AEON Mall Kota Bharu. Pusat Beli-Belah Kota Bharu, Lembah Sireh, 15050, Kota Bharu, Kelantan.

Yoozen Younique Cafe
Dibawanya mood Cameron Highlands ke Kelantan, Yoozen Younique Cafe tidak asing lagi oleh warga Pantai Timur dengan signature menu utama iaitu Nasi Lemak Strawberry. Tempat lepak yang berkonsepkan ala-ala luxury indoor garden dihidang bersama Frozen Yougurt dan Strawberry Chocolate fountain bersama rakan dan keluarga!

Sesuai untuk indoor seating
Setiap hari dari 12.00pm – 10.00pm
Alamat: Yoozen Younique Cafe, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan, MY
Facebook: https://www.facebook.com/yoozenyouniquecafe

KST ikan Bakar Wakaf Che Yeh
Terletak berdekatan dengan Wakaf Che Yeh sesuai untuk penggemar makanan laut untuk menikmati hidangan laut yang beraneka masakan. Selain ikan bakar, menu seperti sotong goreng tepung, ikan kerapu bakar berempah, tomyam serta hidangan ala Thai yang lain.

Sesuai untuk indoor seating
Setiap hari dari 4.30pm – 1.00am
Alamat: Lot 55-C Batu, 3, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Facebook: https://www.facebook.com/pages/KST-Ikan-BakarWakaf-Che-Yeh/203729743042966

Wakaf Che Yeh
Kalau pengunujung ke Kelantan mencari tempat yang aktif 24 jam untuk shopping, Pasar Malam Wakaf Che Yeh adalah tempat lepak yang havoc dengan 150 gerai pelbagai jenis yang dimuatkan di lot seluas 5.68 hektar ini. Pada siang hari konsep barangannya berbeza lebif fokus kepada barangan basah manakala pada waktu malam pula ia berkonsepkan pelbagai barangan seperti kain pasang, toto, tuala dan pelbagai lagi.

Sesuai untuk aktiviti outdoor
Setiap hari sepanjang malam
Alamat: Jalan Pasar Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Namapun untuk tempat melepak, ada yang indoor, ada yang outdoor, ada yang kena berjalan-jalan pusing uptown dan macam-macam lagi.

Walapun kebanyakan tempat lepak waktu malam ini sudah dibuka dari petang, kebiasaannya tempat ini akan berehat sebentar dari 7-8 malam untuk menunaikan solat maghrib. Memang menarik tempat-tempat yang kami dah kongsikan tadi.

Rancang percutian anda dengan baik ya dan tempah tempat tinggal anda di sini.

You don't have permission to register