10 Tempat Makan Viral & Sedap di Kota Bharu
Nak cuba tempat makan viral & sedap di Kota Bharu? Jom tengok tempat-tempat ni!
Makanan viral yang kalau orang memang suka dan sendiri share ni biasanya begitulah rasa yang diungkapkan di media sosial, jadi kalau dah sampai di Kota Bharu tu jemput singgah ke tempat makan viral & sedap di Kota Bharu!
Mee Celup RM1
Mee Celup di Kota Bharu ni memang senang nak dapat dimana-mana tapi mana kita nak dapat mee Celup RM1? Mestilah di D’Bamboo Tapang. Bukan hanya Mee Celup sahaja dijual dengan harga RM1 tetapi ABC, KueyTeow, Buhun, Nasi Air dan macam-macam lagi.
Sinfonia Slush
Santai je uncle yang jual air ni, tak bertapak di gerai pun tapi hanya sekadar dengan etension motor sahaja untuk letak air dan manisan lain, habis beratur panjang lepas viral! Dengan harga RM3-5 sahaja, takkanlah tak masuk dalam senarai wajb pergi.
Siam Restoran
Tempat port lepak malam secara terbuka dipenuhi disekeliling bahagian hadapan dan tepi restoran dengan gerai yang menyediakan Thai Street Food seperti Pulut Mangga, Suo Rong Hai, Kerabu Maggi, Somtam, Miangpla dan macam-macam jenis masakan seafood!
D’syaz Cafe Maggi Ketam
Dah sampai di Pantai Timur kena la makan Maggi Ketam. Kuah yang pekat, ketam berwarna merah yang segar dan besar sampai penuh mangkuk makan ketika dihidang panas. Confirm tak nak kongsi dengan orang sebelah! Bukan hanya maggi ketam, lauk masakan ketam lain pun semuanya ada.
Kopitiam Kita
Antara kedai makan yang wajib untuk semua yang ada di Kota Bharu! Roti titab paling sedap yang wajib order. Ada 3 jenis yang disediakan samada klasik, kahwin dan pandan dans etiap jenis pula ada macam-macam topping. Bukan itu sahaja lauk tempatan kelantan lain juga semua ada disini. Wajib masuk dalam checklist anda!
Kedia Kopi Whitehouse
Samada awal pagi atau waktu malam, menu yang sama tapi tetap akan sentiasa penuh dengan pelanggan dari pelbagai arah dan ceruk kedai. Berusia 87 tahun (ditubuhkan pada 1935) sesuai untuk menikmati pengalaman kedai kopi klasik, pengunjung boleh cuba resepi kopi turun temurun bersama set roti bakar dan telur separuh masak.
Restoran Nasi Ulam Cikgu
Suasana di sekeliling restoran yang cantik dan unik kerana merupakan tapak tinggalan istana diraja kelantan. Terkenal dengan sajian pelbagai ulam dengan beraneka lauk tradisional masyarakat kelantan.
To The Moon Cafe
Cukup voal di TikTok untuk pengunjung yang minat ‘vibe’ kedai estetik dan modern ni. Banyak ruangan yang menarik sesuai untuk bergambar dan post di media sosial. Cafe ini sesuai untuk pengunjung yang suka makanan western dan pastri. Jadi jom lah ikut sekali trend rakam ‘mini vlog’ kalau singgah di cafe ni!
Uptown Dataran MARA
Port lepak di Kelantan yang paling lengkap, lebih dari makanan sahaja! Aktiviti menarik yang ada di sana antaranya adalah pameran lampu-lampu, melawat kucing jangok (setiap hari bajunya berbeza ya!), persembahan busking, pasar karat dan pakaian juga turut dijual disini.
Pok Loh Milo Tunggeng
Cukup viral dengan topping milo yang menggunung, warung ini terkenal dengan taburan milo yang menggunung untuk setiap cawan dituang terus dari tin milo yang besar! Menu istimewa selain Milo Tonggeng untuk sarapan pagi adalah Nasi Kerabu, Set Sate, Laksam dan pelbagai lagi.
Dah selesai makan jangan lupa ‘update’ keadaan terkini tempat makan yang viral & sedap tu jadi orang ramai boleh terus sokong dan kembangkan perniagaan warga Kota Bharu pada tahun 2022 dan seterusnya.
Kalau nak cari tempat tinggal semasa di Kota Bharu, tempah dengan kami di sini.