5 Tempat Shopping di Kota Bharu yang Best dan Berbaloi
Masih mencari tempat shopping di Kota Bharu yang best dan berbaloi? Apabila pergi bercuti, perkara pertama sekali yang akan kita lakukan sudah pastilah membeli-belah.
Tidak lengkap rasanya jika ita bercuti tetapi tidak membeli belah terutama sekali membeli cenderamata untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan apabila di bawa pulang nanti. Justeru itu, tidak hairanlah jika kebanyakkan tempat pelancongan ada menyediakan tempat-tempat untuk para pelancong membeli barangan atau produk yang dikeluarkan oleh penduduk setempat tersebut.
Sama seperti tempat pelancongan yang lain, Kota Bharu juga turut mempunyai tempat untuk bershopping yang best.
Ada Beberapa Tempat Shopping Sekitar Kota Bharu Yang Boleh Menjadi Pilihan Anda Apabila Bercuti Di Sini
Kelantan sememangnya merupakan salah satu tempat pelancongan yang menjadi pilihan bagi kebanyakkan pelancong sama ada dari dalam mahupun dari luar negara. Tidak hairanlah semakin hari semakin ramai yang berminat untuk bercuti di sini.
Selain dari destinasi percutian yang tidak kurang hebatnya, Negeri Kelantan juga terkenal dengan pelbagai makanan tradisional dan kraftangan yang menarik.
Tidak hairanlah, apabila melancong sahaja ke kota Bharu, ramai yang akan memilih untuk membeli belah ke tempat-tempat shopping yang menarik. Jom Kami kongsikan beberapa tempat shopping sekitar Kota Bharu yang best dan menarik.
Antaranya ialah:
Pasar Terapung Kota Pengkalan Datu

Mungkin ada yang beranggapan pasar terapung hanya ada di Thailand sahaja, tetapi sebenarnya ia juga turut ada di negara kita dan juga di negeri Kelantan. Jika anda mahukan suasana shopping yang berbeza dan sesuatu yang istimewa sinilah tempatnya.
Pasar terapung ini mula dibina pada tahun 2017 dan sama seperti nama pasarnya, setiap peniaga di sini akan menjual barangan dan produknya di atas bot atau perahu. Jadi, setiap pelanggan dapat melihat dengan jelas apa yang di jual oleh peniaga.
Pasar Wakaf Che Yeh

Satu lagi pasar yang terkenal di sekitar Kota Bharu ialah pasar Wakaf Che Yeh. Pasar Wakaf Che Yeh merupakan sebuah pasar malam yang cukup terkenal dan pasar malam yang terbesar di Kota Bharu. Dekat sinilah menjadi lubuk kepada segala barangan dan produk yang anda mahukan.
Sebut sahaja apa barangan yang anda mahukan, barangan rumah? Aksesori? Pakaian? Makanan? Pendek kata semua ada di sini, anda pun akan menjadi rambang mata dan tak tahu nak pilih yang mana satu.
Baazar Tok Guru

Tadi kami sudah ceritakan mengenai pasar wakaf Che Yeh, kali ini kami hendak bawa ke sebuah lagi tempat shopping yang sangat best dan merupakan syurga bagi pakaian dan juga aksesori diri.
Tempat shopping seterusnya ialah Baazar Tok Guru. Di Baazar Tok Guru inilah tempat anda boleh mencari pelbagai jenis pakaian, bermula dari pakaian lelaki sehinggalah ke pakaian Wanita. Memang boleh rambang mata anda di buatnya.
Baazar Buluh Kubu

Tak lengkap rasanya kalau pergi bercuti tetapi tidak beli barangan kraftangan untuk di bawa pulang sebagai kenang-kenangan dan untuk diberikan kepada orang lain. Tapi dekat Kota Bharu ni ada ke lubuk atau tempat yang menjual pelbagai kraftangan yang cantik dan menarik?
Haa jom singgah ke Baazar Buluh Kubu, dekat sini ada bermacam jenis kraftangan yang boleh anda beli dan semuanya cantik-cantik tau konfim anda tak akan rugi beli hasil kraftangan di sini.
Pasar Siti Khadijah

Tak lengkap rasanya kalau pergi bercuti ke Kelantan jika tidak singgah ke salah satu pasar yang sangat terkenal bukan sahaja dalam Negeri Kelantan tetapi juga turut terkenal di seluruh Negara. Pasar Siti Khadijah merupakan pasar yang terbesar yang terdapat di negeri Kelantan.
Di sini ada menjual pelbagai jenis barangan bermula dari barangan basah sehinggalah ke pakaian. Serba lengkaplah pasar ni.
Kesimpulannya, Kota Bharu sememangnya tempat yang menjadi sumber untuk penduduk setempat berniaga dan menjana pendapatan. Sebab itulah banyak tempat shopping yang boleh kita pilih di sini. Bagi anda yang hendak bercuti ke Kota Bharu dan mencari penginapan yang terbaik?
Jom booking Homestay kami sekarang!