Jom Cuba Restoran Selera Malaysia Terkenal di Kota Bharu!

Jika disebut Kelantan, terdapat banyak yang terlintas di fikiran kita terutama dari segi budaya masyarakat di sana. Akan tetapi, antara yang akan menjadi tumpuan utama semestinya adalah makanan. Di Kota Bharu secara khususnya, terdapat beratus kedai makan dan restoran yang anda boleh nikmati.

Kredit: Restoran Wau

Jika anda berhasrat ingin berkunjung ke restoran yang terkenal, di sini kami senaraikan kepada anda 5 restoran terkenal di Kota Bharu.

1. Restoran Nasi Ulam Cikgu

Nasi Ulam Cikgu sangat terkenal dengan kepelbagaian ulam-ulamannya. Buat rakyat Malaysia, ini adalah suatu pengalaman yang berharga kerana amat jarang untuk kita temui restoran yang menyajikan ulam-ulaman yang merangkumi lebih daripada 30 jenis. Antara ulam yang boleh didapati di sini adalah ulam Raja, Kacang Botol, serta ulam Pegaga. Restoran ini juga berjaya mencapai penilaian 4.3 bintang di Google oleh lebih 3 ribu pengguna. 

Sedikit Info Tentang Restoran Ulam Cikgu:

– Dibuka setiap hari kecuali Jumaat dari 10:30 pagi hingga 5 petang

– Talian: 019-961 6665

– Alamat: Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan.

2. Kopitiam Kita

Kopitiam Kita merupakan satu kafe dan di Google, Kopitiam Kita mendapat penilaian 4.4 bintang oleh lebih 5800 pengguna. Kopitiam Kita terkenal dengan menu sarapan pagi antaranya termasuklah Roti Titab dan Nasi Tumbang.

Info lebih lanjut berkenaan kafe ini: –

– Kafe ini dibuka setiap setiap hari dari jam 6 pagi hingga 2 petang dan tutup pada hari rabu.

– Talian: 019-981 0888

– Alamat: Jalan Sri Cemerlang, Taman Desa Jasa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

3. Lieniey Nasi Kerabu Tumis

Seperti namanya, restoran ini menfokuskan penjualan nasi kerabu buat pelanggannya dan hanya beroperasi sebagai restoran yang menjual sarapan pagi seperti Kopitiam Kita. Yang menariknya di sini adalah ia menampilkan pelbagai jenis lauk yang boleh dipadankan bersama nasi kerabu mereka.

Antara yang menjadi pilihan utama di restoran ini adalah Nasi Kerabu Kambing Bakar, Nasi Kerabu Golok, serta kerabu tradisional iaitu Nasi Kerabu Ikan Goreng.

Info lanjut berkenaan restoran ini: –

– Dibuka setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga 2 petang.

– Talian: 013-950 3539

– Alamat: Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan.

4. Restoran Wau

Restoran ini berkonsepkan mewah serta elegan dan amat sesuai buat mereka yang ingin menikmati makanan mereka dalam suasana yang mewah. Restoran ini mendapat penilaian 3.5 bintang oleh lebih 1400 pengguna.

Restoran ini mempunyai pelbagai jenis hidangan termasuklah dari Asia, Amerika, serta Eropah. Antara hidangan yang disajikan di sini adalah Chicken Chop, Rojak Ayam, serta Roti Canai. Harga hidangan-hidangan ini juga dalam lingkungan RM10 satu hidangan.

Info lanjut berkenaan restoran ini: –

– Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam.

– Talian: 09-748 9333

– Alamat: Pt 119, Aras Bawah Jalan Tg. Petra Semerak Seksyen 9, 15000 Kota Bharu, Kelantan.

5. Ikan Bakar Kukup

Dengan penilaian 3.6 bintang oleh lebih 1,000 pengguna, restoran ini menjual pelbagai jenis makanan laut yang boleh dipilih sendiri oleh pelanggannya dan dijamin kesegarannya serta harga yang berpatutan. Restoran ini berkonsepkan makan malam seperti kebiasaan restoran makanan laut yang lain.

Antara juadah yang menjadi pilihan utama pelanggannya adalah Siakap Tiga Rasa, Siakap Kukus, Kerang Bakar, dan bermacam-macam lagi.

Info lanjut berkenaan restoran ini: –

– Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 5 petang hingga 1 pagi.

– Talian: 017-982 7283

– Alamat: Jalan Dusun Muda, Kampung Dusun Muda, 15200 Kota Bharu, Kelantan.

Walaupun hanya 5 tempat yang kami syorkan, tetapi memang sedap-sedap belaka. Kalau dah nak pergi Kota Bharu, tempah terus homestay anda dengan kami di sini.

You don't have permission to register