5 Pantai Cantik Pilihan Pengunjung di Kota Bharu
Terdapat beberapa negeri di Semenanjung yang di mana pantai mereka menghadap Laut Cina Selatan manakala sebahagian besarnya menghadap Selat Melaka. Antara negeri di Semenanjung yang menghadap Laut Cina Selatan adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, serta sebahagian Johor.

Disebabkan negeri-negeri ini menghadap Laut Cina Selatan, mereka kaya dengan hasil laut yang berkualiti serta pemandangan laut yang sangat cantik. Di Kota Bharu misalnya, terdapat beberapa pantai yang menjadi tumpuan penduduk tempatan mahupun pelancong.
Di sini kami senaraikan 5 pantai yang menarik di Kota Bharu.
1. Pantai Cahaya Bulan
Pantai ini telah terkenal sejak dalam kalangan pengunjung dan penduduk tempatan sejak dari dahulu lagi. Antara yang menyebabkan pantai ini terkenal adalah suasananya. Disebabkan pantai ini kerap didatangi pengunjung, banyak gerai-gerai terutama gerai makanan telah dibuka di sepanjang persisiran pantai tersebut. Antara menu yang terkenal di Pantai Cahaya Bulan adalah makanan laut goreng tepung. Harganya pula bergantung kepada gerai yang anda pergi serta kuantiti yang anda ambil.
2. Pantai Nusuk
Sejak kebelakangan ini, Pantai Nusuk telah mula menjadi tumpuan pengunjung sama ada dari dalam negeri mahupun di luar. Hal ini adalah kerana suasananya yang tenang serta pergerakan anginnya yang sepoi-sepoi bahasa. Pantai Nusuk juga merupakan salah satu pantai yang anda boleh datang dan mandi di sini. Ombaknya yang tenang serta permukaan pantainya yang rata menjadikannya sebagai salah satu tempat yang sesuai untuk menikmati keseronokan aktiviti berenang. Terdapat juga pelbagai deretan kedai makanan yang menjual pelbagai jenis juadah.
3. Pantai Senok
Terletak berdekatan kuala, pantai ini merupakan salah satu pantai yang semakin menjadi terkenal pada masa kini. Jika anda berhasrat ingin berkunjung ke pantai ini, anda perlulah bergantung kepada aplikasi navigasi kerana keadaan jalannya akan menyukarkan perjalanan anda untuk datang ke sini. Pemandangan pantai ini yang mempunyai barisan pokok-pokok rhu telah menjadi salah satu keunikan di Pantai Senok.
Disebabkan Pantai ini tidak ada penjaga, ada pengunjung yang tidal bergantungjawab telah datang dan mengotorkan pantai ini. Jadi, dinasihatkan jika anda ingin berkunjung ke pantai ini dan melakukan aktiviti seperti berkelah atau barbeku, anda hendaklah membersihkannya semula. Hal ini bagi memastikan pantai ini sentiasa bersih.
4. Pantai Mek Mas
Anda mungkin tidak pernah mendengarkan nama pantai ini tetapi pantai ini juga merupakan salah satu tarikan pengunjung di Kota Bharu. Keadaan geografinya adalah berbukit pasir hasil daripada inisiatif kerajaan negeri yang meletakkan pasir yang telah dikorek di kawasan berdekatan diletakkan disitu. Kini, Pantai Mek Mas kelihatan seperti salah satu gunung pasir di Sahara yang mempunyai pantai. Pantai ini tidak sesuai untuk bermandi-manda dan tiada gerai dibuka. Jadi pengunjung hanya datang ke sini hanya untuk menikmati pemandangannya sahaja.
5. Pantai Tapang
Pantai Tapang merupakan salah satu pantai yang indah dan cantik di negeri Kelantan. Terletak di Kota Bharu, pantai ini dihiasi oleh deretan pokok kelapa dan pelbagai jenis gerai jualan yang dibuat menggunakan batu-bata berwarna merah bagi menaikkan lagi keserian pantai ini. Terdapat juga pelbagai fasiliti di pantai ini yang menggunung boleh nikmati. Antaranya adalah buaian, jambatan, serta tempat duduk yang mempunyai hiasan, sesuai untuk sesiapa yang suka mengambil gambar.
Keadaan pantai ini juga sangat bersih kerana dijaga oleh peniaga dan penjaga pantai tersebut. Pantai ini juga amat sesuai untuk aktiviti berkemah tetapi tidak sesuai untuk tujuan mandi-manda dan berenang.
Kalau dah nak ke Kota Bharu, jom tempah homestay kami di sini.