5 Hadiah dari Kota Bharu buat Keluarga Anda
Apabila anda tiba di Kota Bharu nanti, mestilah terdapat banyak benda yang anda ingin dapatkan. Tetapi, apakah benda yang anda mesti dapatkan apabila anda tiba di Kota Bharu?
![](https://www.salaamsuites.com/wp-content/uploads/2022/11/etok-pedas.jpeg)
Selain disebabkan oleh harganya yang murah, anda juga ingin mendapatkannya kerana keunikannya.
Di sini kami akan berikan anda idea tentang perkara yang anda boleh dapatkan.
Makanan Tempatan
Disebut sahaja Kota Bharu, Kelantan, anda pasti dapat bayangkan kepelbagaian makanan yang anda akan dapati di sana apatah lagi Kota Bharu merupakan ibu negeri Kelantan. Di Kota Bharu, anda boleh dapatkan pelbagai makanan unik negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Antara yang menarik yang anda boleh dapatkan adalah Etok Salai. Etok Salai sangat terkenal di negeri Kelantan sehinggakan jika anda bercuti di Kota Bharu, anda akan dapati terdapat banyak peniaga yang menjual juadah ini.
Selain daripada Etok Salai, Keropok Lekor juga merupakan suatu makanan yang sangat terkenal di Pantai Timur. Rasanya yang asli berbanding keluaran negeri-negeri lain membuatkan menu ini adalah antara menu yang wajib dibeli apabila anda melawati Kota Bharu.
Barangan Cenderahati
Apabila melancong, sudah semestinya kita ingin menghadiahkan buah tangan buat saudara-mara, sahabat handai, dan jiran tetangga. Antara buah tangan yang sesuai untuk diberikan sudah semestinya sesuatu yang unik dari negeri tersebut.
Selain makanan tempatan, anda juga boleh dapatkan perhiasan wanita, rantai kunci, serta perhiasan rumah yang banyak terdapat di sekitar Kota Bharu serta harganya yang murah. Antara barangan cenderahati yang popular adalah anak patung.
Hal ini adalah kerana anak patung boleh didapati dengan harga yang sangat murah disini. Buat anda yang ingin datang ke Kota Bharu, jangan lupa untuk hadiahkan anak patung dari sini kepada anak-anak saudara anda.
Kain dan Pakaian
Terdapat pelbagai kain dan pakaian yang anda boleh dapatkan di sini. Selain harganya yang murah, kain dan pakaian di sini merupakan suatu yang unik kerana anda hanya boleh dapatkannya dengan pelbagai variasi pada harga yang berpatutan.
Antara kain yang terkenal di sini adalah kain batik manakala pakaian pula adalah kaftan. Motif kain batik di Kelantan adalah bunga dan tumbuhan menjalar. Ia merupakan suatu motif yang paling banyak dipakai oleh penduduk tempatan.
Jika anda berhasrat untuk menghadiahkan sesuatu yang unik buat keluarga dan kenalan wanita anda, kain batik dan kaftan adalah pilihan yang tepat.
Poskad
Walaupun tidak terkenal seperti makanan dan pakaian, poskad juga merupakan antara hadiah yang terbaik kerana melambangkan kawasan yang anda telah jelajahi. Jika anda ingin menyimpan kenangan mengenai Kelantan, poskad adalah antara yang terbaik.
Kaedah ini telah diguna pakai sejak zaman dahulu disebabkan oleh tiada kamera untuk menyimpan kenangan. Poskad-poskad ini anda boleh kirimkan kepada keluarga dan kenalan anda melalui pejabat pos atau anda juga boleh jadikannya sebagai cenderahati untuk disimpan.
Poskad sangat sesuai dikumpual kerana boleh dijadikan antara kenangan yang unik apabila di hari tua anda nanti.
Kraftangan
Di negeri Cik Siti Wan Kembang ini, terdapat pelbagai kedai yang menjual hasil kraftangan kaum Melayu. Antara kraftangan yang terkenal di sini adalah tikar mengkuang, tudung saji, rotan, serta raga.
Walaupun masih mengekalkan gaya tradisionalnya, kraftangan-kraftangan ini seringkali digayakan dengan gaya yang moden kerana mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri.
Selain itu, terdapat juga gelang dan rantai tangan buatan rakyat tempatan. Ada yang menggunakan mutiara air tawar dan ada yang menggunakan manik. Hadiah ini khusus buat kaum wanita dan dijadikan sebagai perhiasan diri buat wanita.
Anda boleh dapatkannya pada harga semurah RM5 di Kota Bharu. Selain gelang dan rantai tangan, kraf berbentuk rantai, buah rantai, dan gelang kaki juga terdapat di sini.
Jom, kalau dah sampai dekat Kota Bharu, tempah homestay anda bersama kami di sini.