10 Sebab Kenapa Kota Bharu Ialah Destinasi Terbaik Anda
Apabila memikirkan tempat yang ingin dikunjungi, sudah semestinya kita ingin mempertimbangkan segalanya bagi memastikan percutian tersebut tidak terencat dek kerana keputusan yang terburu-buru dan kekurangan maklumat berkaitan tempat tersebut.

Jika anda berhasrat ingin bercuti di Kota Bharu, di sini kami lampirkan sebab-sebab kenapa Kota Bharu akan menjadi destinasi percutian terbaik anda.
Penginapan mudah dicari
Negeri Kelantan merupakan negeri yang kaya dengan daya tarikan pelancong samada pelancong luar mahupun dalam negara. Negeri Kelantan juga mempunyai berbagai pilihan tempat penginapan yang mempunyai pemandangan yang cantik dan tenang terutama sekali di Kota Bharu, Kelantan.
Bagi pelancong yang gemar dengan pemandangan alam sekitar, anda jangan lepaskan peluang untuk menginap di chalet atau resort yang berada di pantai berdekatan contohnya Pantai Cahaya Bulan.
Perbelanjaan yang murah
Sudah menjadi suatu kebiasaan buat pengunjung untuk berkunjung ke tempat yang dipenuhi barangan yang boleh dibawa pulang sebagai cenderamata. Di Kota Bharu, antara yang terkenal dengan barangan cenderamata asli Kelantan adalah Wakaf Che Yeh.
Wakaf Che Yeh merupakan salah satu pasar terbesar di Kelantan yang menjual pelbagai jenis barang-barang tempatan atau import dari negara jiran seperti Thailand.
Makanan yang sedap
Jika sudah berkunjung, maka tidak lengkaplah jika kita tidak mencuba makanan asli tempat tersebut yang disediakan sendiri oleh penduduk mereka. Antara makanan yang menjadi pilihan ramai di Kota Bharu adalah Nasi Kerabu, nasi Kak Wok, lauk masakan kampung dan bermacam-macam lagi.
Makanan di sini mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri yang membuatkan orang ramai ingin mencuba juadah tersebut walaupun hanya sekali.
Tempat yang strategik
Di samping itu, kebanyakan pelancong yang memilih Kota Bharu sebagai destinasi percutian mereka adalah kerana tempatnya yang strategik. Kebanyakan tempat di Kota Bahru bebas daripada kesesakan lalu lintas, yang merupakan suasana yang sangat digemari oleh pelancong yang ingin mencari ketenangan.
Di sana juga terdapat banyak kemudahan yang berada di satu kawasan yang dapat memudahkan dan menjimatkan masa kepada pelancong dan orang awam.
Sesuai untuk berkeluarga atau bujang
Selain itu, antara sebab kenapa Kota Bharu menjadi destinasi terbaik adalah kerana ianya bersesuaian buat mereka yang melancong dengan keluarga, kawan-kawan, ataupun sendirian.
Antara aktiviti menarik yang anda boleh lakukan tanpa mengira kuantiti dan kumpulan anda adalah berenang dan berkelah di Jeram Linang.
Penduduk tempatan yang ramah
Penduduk tempatan juga merupakan salah satu sebab kenapa pelancong mengambil keputusan untuk bercuti ke tempat tersebut.
Rata-rata penduduk di Kota Bharu sangatlah ramah tanpa mengira usia atau bangsa. Di kota Bharu, kita jarang dengar pelancong menjadi mangsa tipu kepada peniaga-peniaga yang berniaga di Kota Bharu.
Suasana yang tenang
Selepas itu, sebab Kota Bharu, Kelantan dijadikan tempat pelancongan adalah kerana suasana persekitarannya yang tenang. Ini kerana kawasan di Kota Bharu kaya dengan alam semulajadi yang mampu memberikan ketenangan kepada pengunjung yang berkunjung ke negeri itu.
Di sini terdapat banyak pantai-pantai yang cantik dan rekreasi air terjun yang bersih yang mampu memberikan persekitan positif kepada pelancong yang pergi menikmati alam sekitar di Kota Bharu, Kelantan.
Banyak peninggalan sejarah
Bagi pelancong yang ingin mengenali sejarah, adalah amat disyorkan untuk menganggap Kota Bharu sebagai salah satu destinasi percutian anda.
Hal ini kerana di Kota Bharu terdapat banyak peninggalan muzium-muzium dan istana-istana lama yang turut mempunyai pelbagai pameran barang-barang antik dan sejarah. Antaranya ialah Muzium Perang Bank Kerapu yang mempamerkan artifak dan gambar perang dunia yang kedua.
Banyak masjid
Selain itu, salah satu daya tarikan pelancong di Kota Bharu ialah mempunyai banyak masjid-masjid yang ada keunikan dan sejarah yang tersendiri.
Antaranya ialah Masjid Muhammadi yang diberi gelaran Serambi Mekah. Selain itu, Masjid Al-Ismaili yang merupakan masjid cetusan idea daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhamamd V.
Gabungan tradisional dan moden
Kota Bharu dianggap sebagai salah satu destinasi terbaik untuk pelancong ialah kerana bangunan-bangunan di sini kebanyakkannya mengabungkan reka bentuk tradisional dan moden. Kebiasaannya, bangunan yang menggunakan konsep gabungan ini ialah masjid dan muzium.
Pihak Tourism Malaysia pernah membuat video ‘highlight’ mengenai destinati di Pantai Timur.
Ini merupakan antara sebab-sebab kenapa Kota Bharu patut menjadi pilihan destinasi anda. Jom, tempah homestay di Kota Bharu anda di sini!