Restoran di Kota Bharu yang Mendapat Review Tinggi di Google
Jika anda hanya berkunjung selama beberapa hari di Kota Bharu, sudah semestinya anda ingin mencari kedai makan yang mempunyai reputasi yang bagus oleh para pelanggannya.

Hal ini adalah kerana anda semestinya ingin menikmati pengalaman percutian anda tanpa ada yang merosakkan mod percutian anda. Di sini kami bantu anda dengan menyenaraikan beberapa tempat yang mendapat penilaian yang baik serta dinilai orang lebih 1,000 orang pelanggannya.
KBB Burger & Steak Kelantan
Jika anda singgah ke Kota Bharu, restoran ini merupakan antara restoran yang anda wajib singgah. Hal ini kerana, restoran ini menjual pelbagai jenis menu burger yang dicipta sendiri oleh mereka serta pelbagai jenis daging bakar yang meliputi pelbagai bahagian badan lembu.
Restoran ini juga mempunyai penilaian yang bagus di Google dengan 4.2 bintang dan dinilai oleh lebih 1300 orang pengguna. Antara menu mereka di sini adalah Rib Eye Steak, Wagyu Burger, serta Burger Bakar.
Info lanjut berkenaan restoran ini:
Dibuka setiap hari pada jam 12.30 tengahari hingga 11 malam kecuali jumaat yang dibuka pada 3 petang hingga 11 malam.
Talian: 010-258 1001
Alamat: 2713, Jalan Krai, Bandar Kota Bharu, 15150 Kota Bharu, Kelantan.
Google Map: https://maps.app.goo.gl/ztgTwHbao6ibJLD68
Warung Badik2
Restoran ini merupakan restoran yang mengkhususkan minum petang dan makan malam. Di Google, restoran ink mendapat penilaian 4.1 bintang oleh lebih 1000 pengguna yang lain. Warung ini menyediakan pelbagai jenis juadah daripada juadah yang ringan sehinggalah ke juadah yang berat. Antara menu yang sering menjadi pilihan pengunjungnya adalah ABK Mango Special, Mee Goreng Tulang, serta makanan barat seperti Chicken Chop dan Grilled Chicken.
Info lanjut berkenaan restoran ini:
Dibuka setiap hari bermula jam 3.30 petang hingga 11 malam
Talian: 011-3232 4415
Alamat: Lot 3155, Pengkalan Chepa, Kampung Baung, 16100 Kota Bharu, Kelantan.
Google Map: https://maps.app.goo.gl/ctWr4TBCXUxG2h9a9
Restoran KST Selera Ikan Bakar
Juga dikenali sebagai restoran KST Wakaf Che Yeh, restoran ini menyajikan pelbagai juadah yang berasaskan makanan laut. Restoran ini menyajikan hidangan antaranya termasuklah Sotong Celup Tepung, Ikan Bakar Berempah, serta Tomyam Makanan Laut. Terletak di Wakaf Che Yeh, restoran ini merupakan suatu restoran yang menyajikan hidangan makan malam. Di Google, Restoran ini mendapat 3.8 bintang oleh lebih 15000 pengguna.
Info lanjut berkenaan restoran ini:
Dibuka setiap hari bermula jam 4 petang hingga 12 tengah malam.
Talian: 019-910 2964
Alamat: Lot 1214, Sek 6, 2, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15100 Kota Bharu, Kelantan.
Google Map: https://maps.app.goo.gl/TCere3sP7KDCJQ3K8
Ayang Cafe
Mengkhususkan menu sarapan pagi, kafe ini memdapat penilaian 4.4 bintang oleh lebih 1300 pengguna Google yang pernah menjamu selera di sini. Antara juadah yang disajikan di sini adalah Roti Ayang Special, Roti Kasih, serta Thick Toast Bread. Selain daripada itu, restoran ini juga menawarkan harga yang sangat murah dan sesuai dengan bajet anda selain saiz hidangannya juga agak besar.
Info lanjut berkenaan restoran ini: –
– Dibuka setiap hari bermula jam 6 pagi hingga 11 malam.
– Talian: 014-841 7889
– Alamat: 4652, Jalan Masjid Langgar, Kampung Langgar, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
– Google Map: https://maps.app.goo.gl/c3sB2PPeyphWv8iJA
PK Corner
PK Corner merupakan sebuah restoran yang mempunyai penilaian 4.0 oleh lebih 1000 pengguna. Antara keistimewaan di sini adalah Chicken Chop Black Pepper, Pulut Mangga, serta Sup Ayam. Restoran ini juga kerap dikunjungi pengunjung kerana lokasinya yang terletak berdekatan bandar.
Info lanjut berkenaan restoran ini: –
– Dibuka setiap hari bermula jam 12 tengahari hingga 10.30 malam dan tutup pada hari Rabu.
– Talian: 019-984 3157
– Alamat: 2, Jalan Kebun Sultan, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan.
– Google Map: https://maps.app.goo.gl/UZcjwxU6FU9d4v84A
Itulah restoran yang mempunyai review yang bagus dekat Kota Bharu. Kalau dah sampai sana, jangan lupa tempah homestay kami di sini.