5 Perkara yang Anda Perlu Tahu Sebelum Datang ke Kota Bharu

Apabila anda mempunyai hasrat untuk bercuti, anda semestinya perlulah selidiki tentang tempat tersebut. Hal ini adalah bagi mengelakkan diri anda untuk tidak terlepas sesuatu yang menarik di kawasan itu.

Kredit: Suara Merdeka

Perancangan perjalanan juga mestilah lancar dan teratur bagi menikmati kawasan percutian anda dengan teratur dan selesa. Bagi menjimatkan masa anda menelaah, di sini kami membantu anda tentang perkara-perkara yang anda perlu tahu sebelum anda tiba di sini.

Keadaan Trafik

Keadaan trafik adalah bergantung kepada masa yang anda ingin pergi. Jika anda ingin bercuti semasa musim cuti sekolah, anda perlu sedar bahawa pergerakan trafik akan lebih lambat berbanding jika anda pergi semasa hari biasa.

Selain itu, anda juga perlu elakkan bercuti semasa musim perayaan dek kerana terdapat ramai yang merancang percutian mereka semasa musim perayaan. Pada masa ini, anda berkemungkinan perlu melalui keadaan trafik yang sangat teruk terutama apabila berlakunya kemalangan.

Akan tetapi, keadaan trafik bergantung kepada kawasan yang anda lalui. Jika anda bergerak dari bahagian utara Malaysia, anda perlu melalui jalan kampung yang menghubungkan antara Banjaran Nakawan dan Banjaran Titiwangsa yang di mana akan merentasi beberapa kawasan sebelum memasuki Jeli iaitu daerah sempadan Perak-Kelantan.

Jika anda datang dari selatan, anda perlulah melalui Lebuhraya Pantai Timur dan jika anda daripada Terengganu dan sebahagian Pahang, anda hanya perlu melalui jalan kampung dan Lebuhraya di Terengganu sebelum tiba di Kelantan.

Penginapan

Sebelum anda datang ke sini, eloklah jika anda meneliti dan menempah penginapan anda terlebih dahulu terutama semasa musim cuti sekolah dan musim perayaan. Terdapat pelbagai aplikasi dan laman sesawang yang anda boleh lakukan carian tentang penginapan yang anda inginkan apabila melancong ke Kota Bharu ini.

Hal ini adalah kerana bagi memastikan anda mempunyai penginapan apabila anda tiba dan anda tidak perlu bersusah payah ingin mencari penginapan terutama selepas perjalanan yang jauh.

Di Kota Bharu, terdapat pelbagai tempat penginapan yang anda boleh duduki antaranya adalah hotel, homestay, rumah tumpangan, dan resort.

Pro tip: Tempah homestay anda di sini.

Ramalan Cuaca

Mungkin sesetengah orang akan terlepas pandang akan perkara ini tetapi mengambil tahu tentang keadaan cuaca di kawasan yang kita ingin pergi adalah antara perkara yang penting semasa merancang perjalanan.

Para pengunjung pastinya ingin berkunjung dengan hati yang senang tanpa perlu merisaukan hujan yang acap kali turun atau panas yang melampau.

Antara masa yang anda perlu elakkan adalah musim tengkujuh dan peralihan angin monsun. Semasa musim ini, ribut yang kencang serta hujan yang kerap akan menyulitkan percutian anda.

Tempat Menarik

Sebelum datang ke Kota Bharu, anda perlulah selidiki dahulu tentang tempat-tempat menarik yang terdapat di sini. Ini bagi memastikan masa percutian anda terisi dengan terancang tanpa perlu bazirkan masa untuk mencari.

Selain tempat-tempat menarik, anda juga boleh mencari tentang restoran-restoran yang terkenal supaya anda boleh menikmati santapan asli negeri ini dengan rasa yang sempurna.

Antara perkara yang anda boleh ambil tahu sebelum datang adalah masa operasi, harga tiket atau makanan, serta jarak tempat itu dengan penginapan anda.

Keadaan Kenderaan

Apabila anda datang dari jauh, anda perlulah memastikan keadaan kenderaan anda berada dalam keadaan yang baik apabila anda membuat keputusan untuk naik kenderaan persendirian. Hal ini bagi mengelakkan anda terkandas di tepi jalan kerana masalah kenderaan.

Jika anda datang dengan kenderaan awam, adalah penting untuk anda menyemak stesen yang anda akan turun, harga, serta syarikat kenderaan awam tersebut.

Bagi memastikan kenderaan awam yang anda naiki itu bagus, anda boleh membuat carian di Internet dan membaca komen-komen yang ditinggalkan oleh pelanggan mereka sebelum ini. Pastikan anda pilih kenderaan awam yang bagus dan sesuai melalui kawasan berbukit di sana.

Sebelum tiba di Kota Bharu, pastikan anda sudah menempah homestay kami di sini.

You don't have permission to register