Betulkah Istana Bunian di Bachok Kelantan Seram?

Mungkin ramai yang pernah terdengar Istana Bunian di Bachok Kelantan seram. Betulkah tempat ini menyeramkan? Jom kita pelajari keunikan tempat ini.

Banyak tempat yang dikaitkan dengan kewujudan bunian. Ada yang menyatakan bahawa bunian wujud di dalam gua, ada yang berjumpa bunian di dalam hutan, di atas bukit dan sebagainya.

Ada satu kisah unik dan menarik berlaku di Kampung Tok Burung, Bachok, Kelantan kerana lokasi yang dikaitkan dengan bunian di sana bukanlah gua mahupun hutan, sebaliknya wujud Istana Bunian yang telah dibina oleh Encik Hasyim Abdul Rahman.

Pakcik Hasyim merupakan seorang tukang rumah yang bekerja di sekitar Bachok dan beliau mengusahakan untuk membina Istana Bunian ini sejak tahun 1987. 

Dari sudut binaan luar itu sendiri, ia kelihatan seperti gua tetapi ada tiang-tiang binaan yang berkonsepkan zaman Rome hasil seni ukiran yang dilakukan oleh Encik Hasyim. Untuk makluman, Istana Bunian ini dibina oleh beliau sendiri dan menggunakan dana Encik Hasyim sepenuhnya.

Kredit: Tourism Malaysia

Sejak mula dibina pada tahun 1987, beliau menyatakan bahawa kos umum yang telah dihabiskan untuk membina Istana Bunian ini berjumlah RM1.5 juta.

Oleh sebab beliau mempunyai kewangan yang sangat terhad, maka beliau membina sedikit demi sedikit namun sekitar tahun 2018, rangka binaan Istana Bunian itu mula terlihat hasilnya.

Di dalam Istana Bunian ini, terdapat ‘Water fountain’ dan juga telaga kolam ikan yang dibela dan dipelihara oleh Pakcik Hasyim sendiri. Memang sangat tenang dalam istana ini dengan kehadiran kolam tersebut.

Menurutnya lagi, beliau dapat merasakan nikmat berada dalam alam bunian itu sendiri dan binaan ini merupakan manifestasi beliau terhadap alam bunian yang beliau telah kunjungi.

Namun, sekiranya anda ingin berbual dengan Pakcik Hasyim, beliau menggunakan laras bahasa yang sangat artistik dan sukar difahami bagi orang biasa. 

Untuk makluman, Encik Hasyim mempunyai rumah beliau sendiri yang sedikit berjauhan sekitar 500 meter daripada binaan Istana Bunian itu sendiri.

Walaupun banyak kisah mistik mengenai Istana Bunian ini, tetapi yang menariknya ialah hasil seni ukiran yang terdapat pada bangunan ini sentiasa menarik minat pelancong bahkan juga dikunjungi oleh pelajar-pelajar jurusan Senibina yang datang untuk mempelajari bagaimana seni ‘architecture’ yang diusahakan oleh Pakcik Hasyim di Istana Bunian ini. 

Istana Bunian ini terletak lebih kurang 30 minit dari Kota Bharu. Perjalanan dari Kota Bharu ke Istana Bunian di Bachok adalah melalui Jalan D106. Jaraknya lebih kurang 19.7km. Anda juga boleh melalui jalan D137 yang akan mengambil masa sedikit dengan tambahan 2 minit.

Begitulah kisah sebenar Istana Bunian di Bachok, Kelantan. Bukanlah seram pun malah best pulak nak lawat selepas dah dengar cerita di sebalik tempat yang unik ini.

Inginkan tempat bermalam yang mewah dan selesa seperti istana ini? Jom tempah homestay dengan kami!

You don't have permission to register