4 Masjid Popular Di Kota Bharu yang Sering Dikunjungi Ramai
Masjid popular di Kota Bharu – bila sebut sahaja masjid pasti setiap dari kita tanpa mengenal umur sangat mengenalnya. Jom lihat senarai ini.
Setiap agama mempunyai rumah ibadahnya yang tersendiri. Begitu juga dengan agama islam yang mana masjid, atau surau merupakan tempat untuk kita beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Sejak dari dahulu lagi masjid menjadi tempat berkumpul bagi umat Islam sama ada untuk melakukan ibadah atau melakukan aktiviti kerohanian.
Ada beberapa masjid popular di Kota Bharu yang patut anda lawati kerana ia mempunyai keunikan yang tersendiri.
Sebab itu, jangan terkejut kalau dilihat pada masa kini ada bermacam jenis reka bentuk masjid yang telah di bina di negara kita. Ada juga masjid lama yang di baik pulih semula dengan mengekalkan ciri-ciri binaan yang asal supaya Nampak menarik dan dapat digunakan oleh semua orang islam.
Sama seperti destinasi percutian yang lain di negara kita, negeri Kelantan juga bukan sahaja terkenal dengan destinasi pelancongan yang menarik tetapi juga turut terkenal dengan pelbagai Masjid dan surau yang cantik.
Ia juga menjadi salah satu tumpuan pelancong yang dating bercuti ke negeri Kelantan terutama sekali mereka yang bercuti di sekitar Kota Bharu. Jom kami kongsikan beberapa masjid popular di Kota Bharu. Antaranya ialah:
Masjid Muhammadi, Kota Bharu

Masjid Muhammadi bukanlah satu masjid yang asing buat masyarakat islam di negara kita. Ia merupakan salah satu masjid yang terkenal di negara kita. Masjid Muhammadi mula di bina pada tahun 1867 iaitu Ketika zaman pemerintahan Sultan Muhammad II.
Apa yang istimewanya masjid ini ialah dari segi reka bentuknya yang mempunyai pengaruh sewaktu zaman kolonial dan mempunyai Menara jamnya sendiri. Masjid ini juga yang turut dikenali sebagai “Masjid Besar” di kalangan penduduk setempat, dan pernah menjadi tempat para ulama terkenal untuk menyampaikan pelbagai ilmu agama.
Di antaranya ialah Tuan Taba (1840-1891), Haji Wan Ali Kutan (1837-1912) dan Tok Kenali (1868-1933).
Masjid Kampung Laut

Masjid yang seterusnya ini pula merupakan salah satu masjid yang sangat “epik” di negara kita. Masjid Kampung Laut merupakan masjid yang paling tua di negara kita dan juga yang tertua di Asia tenggara. Masjid Kampung Laut ini mula di bina pada abad ke-18 Masihi mempunyai kisah serta sejarahnya yang tersendiri.
Masjid Kampung Laut di bina oleh Mubaligh yang telah berlayar di sepanjang kepulauan Melayu untuk menyampaikan ajaran Islam. Mereka telah memilih untuk mendarat di Kampung Laut setelah perahu yang mereka naiki telah bocor dan setelah Berjaya mendarat, mereka membuat keputusan untuk membina sebuah masjid iaitu Masjid Kampung Laut.
Masjid Langgar

Masjid yang seterusnya ni juga tidak kurang hebatnya. Masjid Langgar pada asalnya merupakan sebuah Madrasah yang di bina pada tahun 1871. Tetapi pada masa kini, ia telah dijadikan sebagai sebuah masjid.
Masjid ini mempunyai corak seni bina istana zaman pemerintahan kesultanan Melayu lama, yang mana masjid ini memiliki bumbung yang dipanggil sebagai bumbung ‘adik-beradik’ tiga tingkat yang tidak bersentuhan antara satu sama lain.
Tujuan ianya dibina dengan sedemikian rupa adalah untuk memberi ruang pengaliran udara dan pencahayaan semula jadi. Pada bahagian dinding masjid ini pula terdapat ukiran ayat suci al-Quran.
Masjid Ar Rahman Pulau Gajah

Masjid yang seterusnya ini pula tidak kurang hebatnya dan turut mempunyai kelebihan serta keunikkan yang tersendiri. Masjid Ar-Rahman merupakan sebuah masjid yang dibina pada tahun 2016 dan di bina di atas sebuah tanah wakaf. Apa yang menariknya mengenai Masjid ini ialah ia diperbuat daripada kayu cengal.
Dari segi reka bentuknya pula, ia menggabung elemen dari turki, Indonesia dan juga elemen kemaluan tetapi dalam pada masa yang sama masih mengekalkan elemen islam di dalamnya. Di dindingnya pula diukir ayat-ayat Al-Quran yang menambahkan lagi keindahan masjid ini dan menaikkan elemen islam di dalam masjid ini.
Kesimpulannya, Kota Bharu bukan sahaja menjadi sebuah bandar yang terpenting di Negeri Kelantan tetapi juga turut mempunyai pelbagai masjid yang boleh menjadi tempat tarikan pelancong dan tempat untuk mengimarahkan lagi ajaran islam. Bagi anda yang hendak bercuti ke Kota Bharu dan mencari penginapan yang terbaik?