5 Tempat Best dan Lawa untuk OOTD di Kota Bharu

Setiap tempat percutian pasti akan ada tempat atau spot menarik. Inilah 5 tempat best dan lawa untuk OOTD di Kota Bharu. Tempat-tempat ini wajib untuk pengunjung singgah untuk bergambar.

OOTD merupakan terma internet yang bermaksud Outfit Of The Day. Kalau dah pakai lawa-lawa, kenalah pergi tempat yang cantik untuk gambar Instagram dan media sosial. Jika di Kota Bharu, ini adalah senarai tempat OOTD untuk anda cuba kunjungi.

Pantai Senok

Bagi yang suka menikmati saat-saat matahari terbenam sambil melakukan aktiviti BBQ atau berkhemah, sesuai untuk pengunjung yang sukakan ketenangan, datanglah ke Pantai Senok yang juga dikenali dengan rimbunan pokok pain tang meredupkan seperti di Nami Island, Korea. Pantai ini juga mempunyai:

  • 4,344 pokok pain atau casuarina equsetifolia dan kayu putih yang ditanam di sepanjang pantai sejak 2009 bagi mengelakkan penghakisan tanah
  • Lokasi strategik untuk bergambar atau ‘photoshoot’ seperti di Nami Island, Korea
  • Menginap di hotel & homestay berdekatan

Pantai Kundur

Seiras dengan Pantai Senok, Pantai Kundur juga dipenuhi dengan pokok-pokok pine yang tumbuh rapat yang membuatkan seluruh persisiran pantai itu seperti ‘Nami Island’ di Korea Selatan. Susunan pokok yang rapat dan redup sesuai untuk berkelah, bersantai ataupun sesi fotografi. Apa yang menarik di Pantai Kundur:

  • Bersebelahan dengan Pantai Cahaya Bulan & Pantai Mek Mas
  • Tersedia tempat riadah, taman permainan kanak-kanak dan beristirehat
  • Popular dengan Warung Pok Mat Pulau Pisang & Suwarin Jinda Cafe
  • Lokasi strategik untuk bergambar atau ‘photoshoot’ seperti di Nami Island, Korea

Pantai Mek Mas

Image: Harian Metro

Dikenali sebagai pantai padang pasir. Sesuai untuk mandi manda, bergambar, juga menguji kecerdasan fizikal untuk mendaki gunungan pasir di Pantai Mek Mas seperti di Tanah Arab! Unta sahaja yang belum ada 😂 apa yang boleh dilakukan di Pantai Mek Mas adalah:

  • Terkenal dengan sandboarding atau luncur pasir
  • Lokasi strategik untuk bergambar atau ‘photoshoot’ seperti di padang pasiri Mesir atau Qatar
  • Nikmati Mee Sup Telur Gedik di gerai berdekatan Pantai Mek Mas

Kota Bharu Street Art

street art kota bharu tank

Seni jalanan yang mempunyai pelbagai mural sesuai untuk pengunjung yang suka bergambar. Bukan hanya satu lorong tapi banyak lorong antara kedai yang dindingnya dijadikan ruang untuk menghargai seni jalanan, jadi jangan risau untuk pastikan trafik atau kenderaan lain kerana ia dikhaskan untuk menjadi tempat mengambil bergambar. Antara jenis hasil seni yang ada di Kota Bharu Street Art:

  • Palestine Art Corner
  • Batik serta Seni
  • Budaya

Jeram Mengaji Agro Resort

Jeram Mengaji Agro Resort (JERAM) merupakan sebuah resort, pusat latihan dan laman rekreasi keluarga yang berkonsepkan Pelancongan Agro atau ‘Agro Tourism’. Juga disebut oleh rakyat Kelantan dengan panggilan “Jeram Mengaji” atau “jere nngaji” merupakan suatu tempat pelancongan yang mempunyai potensi seperti

  • Keindahan panorama semula jadi seperti di Kundansang atau New Zealand
  • Jeram yang jernih sesuai untuk aktiviti mandi-manda dan rekreasi keluarga
  • Aktiviti tunggang kuda
  • Pusat ternakan lembu tenusu dan jualan air yogurt, susu lembu, kambing diperah segar

Sebenarnya setiap lokasi yang anda kunjungi di Kota Bharu adalah sesuai untuk jadikan sebagai tempat untuk OOTD tetapi ini merupakan tempat best dan cantik untuk ambil gambar. Kami juga senaraikan aktiviti menarik di tempat OOTD di atas untuk kesenangan dan menjadikan trip anda lebih santai.

Kalau nak cari tempat tinggal, jom tempah dengan kami di sini.

You don't have permission to register