Memang Rare! 10 Keunikan Kota Bharu Buat “Tetamu Luar” Gian Berkunjung Tanpa Ragu

Nak bercuti ke tu? Jom lihat 10 keunikan Kota Bharu yang akan membuat anda teruja.

Kredit: Kosmo

“Kota Bharu” ialah ibu negeri Kelantan yang terletak di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Di tengah Bandar Kota Bharu terdapat sebuah pintu gerbang keluar masuk yang dianggap sebagai mercu tanda daya tarikan pelancong di negeri Kelantan.

Bila anda datang ke sini, anda akan dapat melihat keunikan seni bina Islam yang kuat di negeri ini . Sudah pasti sejak pandemik melanda, diari melancong anda penuh dengan senarai tempat-tempat menarik untuk bercuti dan dikunjungi termasuk lah negeri Kelantan.


Pasar Siti Khadijah

Hati para suami pasti muncung sedepa dek kerana kegilaan para wanita yang gian menghabiskan seharian masa membeli belah pelbagai barangan tempatan dengan harga mampu beli, tertarik hingga tak menang tangan seperti pakaian, aksesori wanita dan lelaki, barangan dapur, makanan kering, baju, kasut dan sebagainya. Dinasihatkan untuk para suami kuatkan iman dan sediakan wang tunai secukupnya untuk memuaskan hati isteri anda.

Restoran Cikgu Nasi Ulam Kampung Kraftangan

Terletak di tengah Bandar Kota Bharu, restoran popular ini sentiasa dipenuhi pengunjung. Masakan tempatan berkonsep ala kampung dengan pelbagai jenis lauk kampung disaji dan ulam-ulaman kerana sedap dimakan bersama budu terutamanya. Jangan lupa untuk anda mencuba nasi ulam ini.

Kota Bharu Street Art

Pastinya untuk anak muda kaki selfie dan ootd, inilah lokasi wajib untuk anda berswafoto. Dengan lukisan mural kreatif di lorong-lorong Jalan Dato Pati, Kota Bharu menjadi tarikan baru yang ideal untuk pengunjung datang.

Kampung Kraf Tangan

Penggemar barangan kraftangan Bumiputera, disinilah syurga klasik anda. Selepas perut anda enak menjamu selera di Restoran Cikgu Nasi Ulam, berjalanlah ke sini sambil hadamkan makanan di dalam perut anda dengan membeli belah barangan songket, perak, batik dan hasil seni lain serendah RM10 sahaja. Hasil kraf daripada pengusaha tempatan negeri Kelantan.

Naik Kereta Api Hutan

Pernah mendapat jolokan nama sebagai “Train to Dabong” tarikan pengunjung luar merasai perjalanan 3 jam dari Wakaf Baru, Tumpat ke Dabong, Kuala Krai. Pengalaman mahal ini wajib dicuba untuk seisi keluarga anda.

Pantai Cahaya Bulan

Kepada anda yang suka desiran air pantai, jangan lupa berjalan ke sini untuk merasai pasir pantai dengan pelbagai gerai jualan di tepi jalan, aneka makanan konsep payung biru. Anda juga boleh bermain jetski, namun kebanyakkan pengunjung datang untuk santai dan relaks.

Dengar Bird-Singing Field

Terletak di tengah kawasan Bandar Kota Bharu, pertandingan nyanyian burung di dalam sangkar yang tergantung menjadi tarikan ideal menarik untuk para pengunjung.

Minum petang di Kedai Kopi White House

Jika tengahari perut anda kenyang dengan makanan lauk kampung, jom cuba menu ala2 Inggeris disini. Hati tenang pasti menggamit anda kerana bangunan ini terletak di suasana yang tenang di bangunan Cina lama di tengah Kota Bharu.

Pasar malam Kota Bharu

Jika malam anda terasa ingin mencuba makanan konsep payung biru, jom ke pasar malam di tengah Kota Bharu. Banyak makanan lazat, sedap dan unik anda akan dapat, dan menu wajib anda patt cari ialah tusuk sotong, padi biasanya hidang dengan ikan dan kelapa, nasi kerabu nasi biru warna warni dan ayam percik tusuk buluh.

Roti canai Tamil

Dengan limpahan kari Tamil konsep daun pisang dengan minuman mangga lassi, restoran ini sentiasa penuh dengan orang ramai. Restoran ini terletak di tengah Bandar Kota Bharu dan tempat best untuk menikmati roti canai Tamil.

Untuk menginap dengan selesa dan kadar harga berpatutan, buat tempahan bilik homestay anda pada pautan ini.

You don't have permission to register