Anda Peminat Kopi? Ini adalah Kafe Pilihan di Kota Bharu

Jika anda adalah peminat kopi, anda tidak perlu khuatir apabila anda pergi ke Kota Bharu kerana Kota Bharu mempunyai pelbagai kafe untuk peminat kopi seperti anda.

Kredit: Kelantan State FB

Adakah anda ingin tahu apakah kafe-kafe yang menarik untuk anda kunjungi? Jom, ikuti post kali ini!

ATAS Cafe

Terletak di Lembah Sireh, Kota Bharu, kafe ini mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri apabila menampilkan pelbagai jenis kopi dengan harga yang berpatutan.

Dibuka bermula pukul 12 tengahari setiap hari, kafe ini juga menampilkan pelbagai jenis pencuci mulut Eropah yang dibuat segar khas untuk pelanggannya. Jika anda inginkan makanan berat, kafe ini juga menyajikan pelbagai makanan barat dengan harga yang berpatutan.

Satu hantaran telah dibuat di Tiktok oleh pengguna @siewwwlenggg yang memaparkan pengalamannya sebagai seorang pelanggan di kafe ATAS ini.

Selain pelanggannya, kafe ini juga membuat hantarannya tersendiri di laman Tiktok mereka di @atascafe301 menunjukkan seni latte yang mereka hasilkan untuk pelanggan mereka.

Jika anda adalah peminat setia kopi, kafe ini semestinya akam menjadi destinasi anda apabila melancong ke Kota Bharu. Selain itu, anda juga boleh membuat hantaran yang menarik di dalam laman sosial anda kerana suasana kafe ini yang sesuai dan pencahayaannya yang menarik.

Pokoks Coffee Cafe

Dibuka pada pukul 3 petang hingga 12 tengah malam setiap hari, kafe ini terletak di Limbat, Kota Bharu. Kafe ini mempunyai pelbagai variasi kopi yang anda boleh pilih dan yang penting, kopinya dibuat menggunakan biji kopi yang asli.

Kafe ini juga menawarkan pelbagai jenis pencuci mulut Eropah yang sesuai dinikmati bersama kopi yang pahit. Buat anda yang menginginkan makan malam sepinggan lengkap, kafe ini juga menyajikan pelbagai jenis pasta dan spaghetti dengan sentuhan Asia.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang mereka, anda boleh ikuti kisah-kisah mereka di @pokokscoffeeofficial . Buat tatapan anda, kami juga telah menyediakan salah satu hantaran mereka buat anda.

to the moon Cafe

Seperti kafe-kafe yang kami nyatakan di atas, kafe ini juga menawarkan pelbagai jenis kopi, pencuci mulut dan makanan sepinggan lengkap yang bertemakan Eropah.

Di Google, to the moon Cafe mendapat penilaian sebanyak 3.8 bintang oleh 194 pengguna. Rata-rata pelanggan mereka amat berpuas hati dengan layanan dan sajian mereka.

Para pelanggan juga amat berpuas hati dengan suasana kafe ini yang mempunyai pencahayaan yang menarik serta sesuai untuk mereka yang suka membuat hantaran di laman sosial mereka.

Satu hantaran di Tiktok oleh @4reesaa menunjukkan betapa dia amat berpuas hati dengan kafe ini.

Hantarannya mendapat lebih daripada 120,000 tontonan yang rata-rata warga net juga bersetuju bahawa kafe ini menarik untuk dikunjungi di ruangan komennya.

Kaitai Garage & Coffee

Kafe ini menampilkan sesuatu yang unik apabila memadankan kopi bersama makanan asia seperti makanan Cina dan makanan Korea.

Mereka juga mempunyai pelbagai pelbagai jenis kopi buat peminat kopi seperti anda. Kafe ini sesuai buat peminat kopi yang inginkan kelainan dari segi suasana dan makanan untuk dinikmati bersama kopi anda.

Kafe ini juga berhawa dingin dan mempunyai ruang yang luas. Di Google, kafe ink mendapat penilaian sebanyak 3.7 bintang oleh 275 pengguna.

Di laman TikTok, mereka membuat hantaran di laman sosial mereka iaitu @kaitaicoffee tentang apa yang mereka sajikan di kafe milik mereka. Salah satu pelanggannya juga membuat hantaran di TikTok tentang pengalamannya menikmati santapannya di kafe ini.

Video yang dimuatnaiknya telah mendapat lebih 1,000 suka.

Apabila berada di Kota Bharu, jangan lupa tempah homestay anda di sini.

You don't have permission to register