Popular dan Sedap! 5 Jenis Makanan di Sekitar Kota Bharu

Makanan di Sekitar Kota Bharu memang sedap! Apabila pergi melancong, selain dari destinasi percutian yang menarik, makanan yang sedap dan popular juga menjadi salah satu faktor kenapa orang suka pergi melancong.

Roti Titab (Kredit: Astro Awani)

Setiap negeri sudah pastilah mempunyai makanan yang popular dan sering menjadi kegemaran ramai tidak kiralah sama ada makanan tradisional mahupun makanan moden. Bagi pecinta makanan ada yang sanggup pergi melancong dan bercuti ke tempat yang jauh semata-mata mahu mencuba makanan yang popular di tempat tersebut.

Bagi anda yang mempunyai perancangan untuk pergi melancong atau bakal melancong ke Kota Bharu, anda tidak perlu merasa risau kerana Kota Bharu juga sangat terkenal dengan kebanyakkan kedai makan dan mempunyai beberapa makanan yang popular sama ada dalam kalangan penduduk tempatan mahupun dalam kalangan pelancong.

Nak tahu makanan yang popular sekitar Kota Bharu? Jom Kami ceritakan. Antaranya ialah:

1. Roti Titab

Bagi peminat roti, saya sarankan anda untuk mencuba roti Titab. Roti Titab merupakan roti bakar yang dihidangkan bersama kaya dan telur separuh masak. Memang sedap roti ni lagi-lagi kalua ambilnya pada waktu pagi sewaktu sedang bersarapan.

Tapi Dekat mana nak cuba roti Titab ni? Anda boleh cuba di restaurant ini:

Kedai Kopitiam Kita

Alamat / lokasi: 4357-A, Taman Desa Jaya, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Malaysia.
Waktu: 7.00 pagi sehingga 1.30 tengahari sahaja

2. Sup Kepala Ikan

Selalunya kita sering dengan mengenai kari kepala ikan tetapi perah tak anda mendengar mengenai sup kepala ikan? Ya, sup kepala ikan merupakan satu lagi menu makanan yang unik dan popular di sekitar Kota Bharu ni dan minum pula teh madu lagilah menambah selera kita. Bagi anda yang nak mencubanya boleh mencuba di:

Info Warung Pak Mat Pulau Pisang

Alamat: Warung Pak Mat Pulau Pisang, Medan Ikan Bakar Kuala Besar, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

3. Nasi Ulam Cikgu

Bagi penggemar makanan kampung atau masakan tradisional ini adalah menu yang sangat sesuai dan menu makanan yang patut anda cuba. Nasi ulam cikgu merupakan tempat makan yang menyediakan segala lauk pauk dan ulam-ulaman tradisional yang sedap dan menyelerakan.

Kredit: Tripadvisor

Info Nasi Ulam Cikgu

Alamat/lokasi: Terletak di Kampung Kraftangan hanya 200 meter dari Pasar Besar Siti Khadijah
Waktu: Setiap hari kecuali Jumaat (11.00 pagi – 5.00 petang).

4. KB Burger Bakar

Bagi anda yang mahukan kelainan atau merasa makanan yang lebih ala barat, meh cuba KB Burger Bakar. Daging burgernya yang berjuicy membutkan sesiapa sahaja rasa teringin untuk mencubanya berkali-kali.

Info KB Burger Bakar Kota Bharu

Alamat/lokasi: Berdepan dengan Ibu Pejabat JKR Kelantan dan Kota Bharu

5. Nasi Sup Daging

Bagi penggemar makanan daging pula, anda patut mencubanya di tepi Sungai Kota Bharu terletak bersebelahan Hotel Grand Riverview, Kota Bharu. Kedai makannya nampak biasa. Tetapi sekali anda cuba pasti anda hendak datang ke sini lagi.

Info Lido Corner

Alamat/lokasi: Jalan Post Office Lama bersebelahan Hotel Grand Riverview, Kota Bharu.
Waktu: Setiap hari kecuali hari Jumaat (12.30 tengahari – 5.30 petang).

Kesimpulannya, Kota Bharu sememangnya kaya dengan bermacam makanan yang sedap dan menyelerakan. Justeru itu, tidak hairanlah jika Kota Bharu menjadi salah satu lubuk makan yang wajib dikunjungi oleh setiap penggemar makanan sama adaa dari dalam mahu pun dari luar negeri Kelantan.

Bagi anda yang hendak bercuti ke Kota Bharu dan mencari penginapan yang terbaik? Jom booking homestay anda di sini sekarang.

You don't have permission to register