5 Muzium Sekitar Kota Bharu Yang Takkan Rugi Kalau Pergi

Muzium merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan para pelancong untuk pergi bercuti. Jom kenali muzium sekitar Kota Bharu yang best untuk dilawati.

Bagi mereka yang sangat meminati mengenai sejarah bagi sesuatu tempat, muzium ialah tempat yang sangat sesuai untuk mereka bercuti sambal belajar mengenai sejarah. Dalam pada masa yang sama ia juga dapat membuatkan kita dapat mengenal budaya dan gaya hidup masyarakat di tempat tersebut.

Justeru itu, tidak hairanlah jika kebanyakkan tempat pelancongan di mana-mana negara atau negeri pasti akan menyediakan bermacam jenis muzium bagi memperkenalkan budaya sesuatu tempat dan dalam pada masa yang sama dapat memberi pengetahuan tambahan kepada para pelancong.

Ada Beberapa Muzium Sekitar Kota Bharu Yang Anda Takkan Rugi Jika Anda Melawat

Sama seperti di tempat lain, Kota Bharu juga turut mempunyai beberapa jenis muzium yang menarik dan patut anda lawati. Setiap muzium yang ada di Kota Bharu mempunyai pelbagai kelebihan yang tersendiri.

Dengan terdapatnya muzium di sekitar Kota Bharu ni, kita sebagai pelancong juga dapat mengenali budaya masyarakat setempat dan Negeri Kelantan serta dapat mengenali sejarah Kota Bharu.

Jom kami ceritakan beberapa muzium yang terdapat di Kota Bharu. Antaranya ialah:

Muzium Negeri Kelantan


Nak tahu mengenai budaya dan sejarah negeri Kelantan, haa meh singgah ke muzium Negeri Kelantan. Di sini terdapatnya bermacam jenis artifak bersejarah serta barangan bersejarah bermulanya dari zaman dahulu sehingga ke masa kini.

Antara yang terdapat di dalam muzium ini ialah, permainan tradisional Kelantan, persembahan wayang kulit, tarian mak yong, peralatan muzik tradisional rebana ubi dan sebagainya.

Muzium ini mula diwujudkan pada tahun 1990-an dan bangunan ini pada asalnya dijadikan sebagai pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu. Apa yang lagi menarik ialah bangunna ini juga juga mempunyai struktur bangunan yang unik sehingga diwartakan sebagai struktur bersejarah di Kelantan.

Muzium Kraftangan & Kampung Kraftangan


Selepas puas berjalan di muzium Negeri Kelantan, apa kata anda singgah pula ke Muzium Kraftangan. Bila sebut sahaja mengenai Namanya sudah pastilah antara tarikkan utama di muzium ini adalah barangan kraftangan Negeri Kelantan.

Bagi penggemar kraftangan, ini adalah syurga buat anda. Di sini anda bukan sahaja dapat melihat barangan kraftangan yang sudah siap tetapi juga anda dapat melihat demonstrasi bagaimana kain songket dihasilkan, pembuatan wau, melihat ukiran tradisional, cara membuat barangan perak, cuba mencanting batik sendiri dan banyak lagi.

Muzium Islam


Negeri Kelantan sememangnya digelarkan sebagai negeri “Serambi Mekah” kerana, di negeri Kelantan antara negeri yang banyak melahirkan ulama dan juga guru islam.

Justeru itu, syiar islam sangat kuat di negeri Kelantan.

Di muzium Islam Kelantan ini anda dapat melihat bermacam artifak islam yang ada di negeri Kelantan sejak dari dahulu lagi.

Muzium Perang

Sebelum merdeka, negara kita telah dijajah oleh ramai kuasa besar dunia demin untuk kepentingan diri masing-masing. Justeru itu, banyak barangan peninggalan.

Zaman Kolonial disimpan untuk dijadikan sebagai pengajaran dan tatapan untuk generasi yang akan datang.

Begitu juga di muzium Perang Kelantan, di sini anda dapat melihat pelabagai peninggalan zaman Kolonial dengan lebih dekat termasuklah sewaktu zaman perang dunia kedua dahulu.

Dalam pada masa yang sama pelancong juga dapat melihat dengan lebih dekat kenderaan yang digunakan oleh tentera kita sewaktu perang dahulu.

Muzium Adat Istiadat Istana Jahar

Bagi yang hendak tahu mengenai adat istiadat terutama sekali sewaktu zaman dahulu, anda patut pergi melawat Muzium Adat Istiadat Istana Jahar. Di sii terdapatnya pelbagai peralatan khas yang digunakan sewaktu upacara kerajaan seperti tempayan, tembaga dan sebagainya.

Anda juga dapat melihat ruang pelamin diraja, kamar tidur, perahu diraja, kenderaan diraja, senjata-senjata lama dan banyak lagi.

Kesimpulannya, dengan wujudnya muzium seperti ini ia menambahkan lagi pengetahuan kita mengenai satu-satu tempat tersebut. Bagi anda yang hendak bercuti ke Kota Bharu dan mencari penginapan yang terbaik?

Jom tempah Homestay kami sekarang.


You don't have permission to register