10 Cafe Best dan Mesti Cuba di Kota Bharu!

Nak cari tempat yang best dan unik untuk lepak di Kota Bharu? Jom baca 10 cafe best dan mesti cuba di Kota Bharu!

Sebagai lokasi tumpuan pelancongan, pastinya terdapat pelbagai restoran dan warong yang menjadi pilihan ramai setiap kali melawat Kota Bharu.

Tapi buat anda yang ingin mencari kafe yang menyediakan pelbagai juadah terutamanya juadah ringan yang unik lebih-lebih lagi dalam suasana santai, tidak ramai yang berkongsi tentang ini khusunya.

Jadi, mari kami kongsikan kepada anda 10 kafe best dan mesti cuba di Kota Bharu yang pastinya akan membuatkan lawatan anda ke Kota Bharu lebih lengkap.

KOPITIAM KITA

Restoran Kopitiam Kita sudah pasti akan menjadi pilihan kami untuk sajian sarapan pagi. Disebabkan kepelbagaian juadah yang tersedia, kafe ini sinonim sebagai “one stop center” lebih-lebih lagi kepada para pelancong yang ingin mencuba pelbagai juadah dalam tempoh lawatan yang singkat.

Antara menu istimewa yang disajikan termasuklah Roti Tibab yang khususnya hanya boleh didapati di kafe ini sahaja, dan juga Nasi Tumpang. Roti Tibab ialah roti bakar yang dihidangkan bersama telur separuh masak dan kaya merupakan resepi asli pemilik restoran ini.

Menarik lagi, juadah seperti Nasi Kerabu, Nasi Kak Wok, kuih-muih dan sebagainya turut disajikan di sini. Yang lagi best, harga di kafe ini adalah sangat berbaloi menjadikan kafe ini sangat popular.

Untuk anda yang bercadang untuk bertandang ke kafe ini, kami mencadangkan anda untuk datang awal sedikit agar dapat menikmati juadah makanan sebelum habis.

Alamat: Jalan Sri Cemerlang, Taman Desa Jasa, 15400 Kota Bharu, Kelantan. Waktu operasi: Setiap hari 6 pagi sehingga 2 petang kecuali hari Rabu
No. telefon: +60 19-981 0888

KEDAI KOPI DIN TOKYO

Susunan meja dan bangku panjang seperti bar, Kedai Kopi Din Tokyo terserlah dengan keunikan tersendiri. Hidangan istimewa Encik Din termasuklah Telur Taliban iaitu telur suku masak, Telur Ping Pong iaitu telur separuh masak; kedua-duanya dihidangkan bersama kicap dan serbuk lada hitam.

Bagi anda yang ingin menikmati juadah-juadah sarapan lain, Kedai Kopi Din Tokyo juga ada sajikan pelbagai makanan siap bungkus seperti nasi berlauk sedia untuk dimakan atau ditapau.

Alamat: 3945, Jalan Tok Hakim, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan. No. Telefon: +60 12-990 8927

POK LOH MILO TUNGGENG

Kafe ini sangat terkenal sebagai lokasi tumpuan sajian makanan sarapan. Yang lebih menarik, kafe ini menyajikan Milo Tunggeng ataupun dikenali sebagai Milo Tabur kepada kahalayak ramai. Keunikan Milo Tunggeng ini menarik perhatian ramai pengunjung.

Kami cadangkan anda untuk tiba lebih awal sedikit bagi mengelakkan kesesakan. Terdapat juga pelbagai sajian sarapan disediakan di sini seperti telur separuh masak dan roti celup telur. Disebabkan harga yang berpatutan dengan sajian yang unik, kafe ini menjadi salah satu daripada pilihan kami.

Alamat: 110, 2, Jalan Kampung Dusun, Kampung Bahagia, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Waktu operasi: 6.30 pagi sehingga 4 petang kecuali hari Jumaat

MAT SALLEH BURGER

Menyajikan makanan barat ala tempatan, kafe ini memang unik dan menjadi pilihan kami. Asal usulnya apabila lelaki Jerman berkahwin dengan wanita tempatan, lelaki yang digelar Mat Salleh membuka kafe di Kota Bharu menyajikan makanan yang memang unik. Antara menu tarikan

utamanya ialah aiskrim wafel dan pelbagai jenis burger seperti burger cili padi hasil asimilasi makanan barat dan cita rasa tempatan dengan harga yang berpatutan.

Alamat: Jln Sultanah Zainab, Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu, Kelantan. Waktu operasi: 6 petang sehingga 3 pagi setiap hari.
No. Telefon: +60 12-949 6669

DIN RAJA AIR NYIOR

Kalau di Melaka, Klebang Coconut Shake menjadi taraikan, di Kota Bharu, Air Kelapa Istimewa Din Raja mesti ada dalam senarai ingin dicuba setiap kali melawat Kota Bharu. Air nyior istimewa ini bukan biasa-biasa disajikan dengan ramuan tambahan seperti cendol dan cincau menjadikannya unik berbanding yang lain lebih-lebih lagi pada hari yang panas.

Alamat: 15150 Kota Bharu, Kelantan.
Waktu operasi: 8 pagi sehingga 2 pagi setiap hari.

NASI LEMAK & ROTI BAKAR KG. SIREH

Terkenal dengan sajian nasi lemak dan roti bakar yang terbaik di Kota Bharu, kafe ini menjadi tarikan kepada penggemar makanan tersebut. Menu ringkas ini telah menjadi sebahagian daripada identiti utama kafe ini, jika disebut sahaja nasi lemak dan roti bakar, pastinya kafe ini akan menjadi sebutan ramai.

Bagi yang berhasrat mengunjungi kafe ini, kami mencadangkan agar tiba awal untuk mengelakkan orang ramai.

Alamat: Jalan Kg Sireh, 15050 Kota Bharu, Kelantan.
Waktu operasi: 9 malam sehingga 3 pagi setiap hari.

THE BOLD LAB

Buat penggemar kopi, pastinya anda tercari-cari lokasi unik untuk lepak sambil menikmati pilihan minuman kopi dan juadah yang pelbagai. Terkenal dengan pilihan minuman kopi yang menjadi pilihan ramai, kafe ini juga menyajikan pelbagai juadah yang mengiurkan.

Selain itu, juadah kek dan pencuci mulut juga merupakan antara yang mendapat sambutan hangat di kafe ini, seperti Shibuya Honey Toast dan kek coklat yang terasa sempurnanya adunan ramuannya.

Alamat: PT 2497, Kg. Cherang, Jalan Abdul Kadir Adabi, Taman Kenangan, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
Waktu operasi: 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari.
No. Telefon: +60 17-798 3868

KB BREWSTER

Juga terkenal dengan juadah kek dan minuman kopi, kafe ini menjadi salah satu tumpuan utama di Kota Bharu. Penggemar kopi pastinya akan rambang mata dengan pilihan sajian minuman kopi di kafe ini, daripada frappuccino, affogato dan pelbagai lagi.

Juadah kek di kafe ini juga yang menraik perhatian dan pastinya akan disandingkan bersama minuman kopi yang lazat. Kafe ini antara yang menjadi tumpuan tempat mengopi di Kota Bharu.

Alamat: Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
Waktu operasi: 12.30 tengahari sehingga 11 malam hari Sabtu hingga Khamis, dan 2 petang sehingga 11 malam hari Jumaat,
No. Telefon: +60 12-983 9080

KOPI MESIN

Menyajikan pelbagai juadah terutamanya kopi dan kek yang amat terkenal dengan harga yang murah, kafe ini juga menjadi pilihan tempat lepak yang menarik. Ramai yang berkongsikan tentang keenakan adunan kopi di kafe ini lebih-lebih lagi apabila digandingkan dengan kek yang dijual di sini, ternyata kafe ini mempunyai keunikan tersendiri.

Kafe ini juga menyajikan pelbagai juadah makanan barat lain buat anda yang ingin sesuatu yang lebih berat. Kafe ini juga amat popular disebabkan harga yang ditwarkan amatlah murah dibandingkan dengan tempat lain.

Alamat: 4663B, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
Waktu operasi: 8 pagi sehingga 10 malam setiap hari No. Telefon: +60 9-741 4819

RESTORAN BY-T LAKSAM

Setibanya di Kota Bharu, pastinya anda juga ingin menikmati juadah lokal. Kafe ini sangat terkenal dengan juadah laksam yang dibuat seperti makanan rumah, kuah laksam yang pekat dengan isi ikan segar yang banyak, dengan mi laksam yang dibuat dengan ramuan asli pastinya akan menjadi kerugian sekiranya tidak dilawati.

Anda juga boleh menikmati laksam dengan pilihan sajian tambahan seperti telur burung puyuh dan serunding. Buat anda yang kurang menggemari laksam, kafe ini juga ada menyediakan menu-menu lain seperti Laksa Kelantan, Laksa Penang dan Nasi Kerabu.

Alamat: Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kampung Belukar Lanjut Kumumin, 16100 kota Bharu, Kelantan.
Waktu operasi: 1 petang sehingga 8 malam setiap hari kecuali Sabtu.
No. Telefon: +60 13-980 9343

Di sini kami telah bawakan kepada anda 10 kafe best pilihan kami di Kota Bharu. Selamat mencuba dan menikmati juadah pilihan anda di Kota Bharu!

Kalau nak cari tempat tinggal, jom tempah terus dengan Salaam Suites di sini.

You don't have permission to register