4 Cara dan Tips Terbaik untuk Sampai ke Kota Bharu
Kalau ada perancangan untuk melancong, biar kami kongsikan 4 cara dan tips terbaik untuk sampai ke Kota Bharu dengan selamat.
Kami senaraikan 4 cara untuk sampai ke Kota Bharu dengan pelbagai cara menggunakan jalan darat dan udara.
Setiap perjalanan ini mempunyai masa dan cara tersendiri, pilih mengikut kesesuaian jenis trip dan dengan siapa anda pergi.
Kebanyakan pengangkutan dibawah akan mengambil masa yang lama kecuali dengan penerbangan, selamat memilih!
Pemanduan
Jika anda memandu kenderaan sendiri, rancang perjalanan anda untuk pastikan anda sempat untuk chek in hotel pada lingkungan masa 2 petang. Bagi perjalanan pulang pula, rancang waktu ketibaan yang diinginkan.
Cadangan laluan ini membantu pengguna lebuh raya dan jalan persekutuan mengelakkan kesesakan di tempat-tempat tertentu atau pada musim cuti & perayaan.
Ini antara jalan alternatif yang boleh digunakan:
Menurut JKR Malaysia, bagi mereka yang ingin ke Kelantan, laluan yang boleh dilalui adalah Kuala Lumpur – Mempaga – Raub – Sungai Koyan – Padang Tengku – Gua Musang – Kuala Krai – Machang – Kota Baharu.
Selain laluan tersebut, JKR Malaysia memaklumkan, pengguna juga boleh melalui laluan dari Kuala Lumpur – Ipoh – Gerik – Jeli – Tanah – Kota Bharu.
KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad)
Bagi yang sukakan adventure, perjalanan yang panjang sambil santai, boleh cuba untuk menggunakan keretapi untuk sampai ke Kota Bharu. Kami sediakan cara dan info terkini:
KTM Stesen KL Sentral > Stesen Gemas
Jika anda dari dalam Selangor atau Kuala Lumpur boleh mulakan perjalan dari Stesen KL Sentral kerana disinilah akan bermulanya transit ke Stesen Gemas. Tiada tiket spesifik hanya boleh menggunakan token, Kad KTM atau Kad Touch&Go.
Gemas > Wakaf Bharu
Kalau anda dari Melaka atau Negeri Sembilan, boleh terus ke Stetsen Gemas. Mulakan perjalanan dari KTM ERT Gemas ke Stesen Wakah Bharu (atau stesen Tumpat iaitu stesen terakhir di Pantai Timur). Perjalanan sehala mengambil masa dalam 11 jam 55 minit. Harga tiket berbeza mengikut kedudukan katil dan boleh dibeli di website/applikasi KTM.
Sewa Kereta atau Grab atau Jalan Kaki
Jadi apabila sudah sampai, anda pasti perlukan pengangkutan lain jadi anda boleh cari samada Kereta Sewa untuk memudahkan perancangan anda, mengunnakan aplikasi Grab atau mana-mana e-hailing, atau anda boleh jalan kaki sahaja kerana di tengah-tengah Kota Bharu ini penuh dengan kedai-kedai yang boleh disampai dengan jarak jalan kaki.
Penerbangan Domestik
Perjalanan pendek & cepat bagi yang mahu lebih meluangkan masa di Kota Bharu, anda boleh boleh memilih penerbangan terus ke Kota Bharu dari destinasi anda, beli tiket lebih awal untuk mendapatkan harga terbaik.
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
Bagi menjimat masa perjalanan ke Kelantan, terutamanya dari KL, Johor, Penang atau Sabah, anda boleh menggunakan perkhidmatan pernerbangan AirAsia, Malaysia Airlines, FireFlyz ataupun Malindo.
Jika dari Kuala Lumpur, penerbangan hanya mengambil masa 45 minit – 1 jam sahaja. Cepat dan jimat masa!
Sewa Kereta atau Grab atau Jalan Kaki
Sama seperti dengan pengguna kereta api, pastikan anda mencari perkhidmatan kereta sewa, menggunakan aplikasi Grab atau e-hailing atau berjalan kaki di sesetangah tempat sepanjang berada di Kota Bharu.
Jungle Train
Dari Johor – Negeri Sembilan – Pahang – Kelantan. Sepanjang perjalanan boleh melihat permandangan indah gunung-ganang dan hutan.
The Jungle Train”. Perjalanan kereta api yang lengkap dengan tempat tidur atau boleh juga dipanggil ‘sleeper train’. Anda boleh cuba menggunakan cara ini untuk ‘free carbon footprint’ dari Dabong, Kelantan ke Kluang, Johor.
Ia mengambil masa 12 jam, bunyi kereta api lama yang cukup mengasyikkan!
Pilih dan rancang perjalanan anda untuk ke Kota Bharu dengan selamat dan menyeronokkan keranan ia semua akan menambah nilai tersendiri ke dalam percutian anda ke Kota Bharu.
Jangan lupa untuk tempah tempat tinggal atau homestay anda dengan Salaam Suites.