sandy beach vy.0103

5 Pantai di Kota Bharu dan Apa yang Menarik Pada Tahun 2022

Terdapat 5 pantai di Kota Bharu dan apa yang menarik pada tahun 2022? Jom baca di sini.

Terkenal dengan pantai-pantai yang indah dan mempunyai kelebihan tersendiri, kami senaraikan 5 pantai yang boleh anda lawati sepanjang anda berada di Kelantan. Yang paling penting, kesemua senarai pantai ini hampir dengan bandar Kota Bharu, jadi tak perlu risau kalau ia terlalu jauh dari bandar jika anda tinggal di Kota Bharu.

Pantai Cahaya Bulan

Kalau sudah berada di Kota Bharu, eloklah jika pengunjung singgah di Pantai Cahaya Bulan untuk lepak dan bersantai dengan pemandangan dan angin pantai yang tenang. Antara aktiviti & perkara yang anda perlu tahu adalah:

  • Bermain layang-layang dan menaiki kuda
  • Pantai untuk bersantai dan makan di gerai di persisiran pantai
  • Pantai Cahaya Bulan bukan pantai untuk mandi-manda atas faktor struktur pantai
  • Penginapan Chalet, hotel & homestay menghadap laut

Pantai Senok

Bagi yang suka menikmati saat-saat matahari terbenam sambil melakukan aktiviti BBQ atau berkhemah, sesuai untuk pengunjung yang sukakan ketenangan, datanglah ke Pantai Senok yang juga dikenali dengan rimbunan pokok pain tang meredupkan seperti di Nami Island, Korea.

Pantai ini juga mempunyai:

4,344 pokok pain atau casuarina equsetifolia dan kayu putih yang ditanam di sepanjang pantai sejak 2009 bagi mengelakkan penghakisan tanah
Lokasi strategik untuk bergambar atau ‘photoshoot’ seperti di Nami Island, Korea.

  • Menerbangkan wau, bola tampar & bina istana pasir
  • Nimati makanan ‘Maggi Telur Sotong’, ‘Maggi Ketam’ dan ‘Mee Celup’
  • Menginap di hotel & homestay berdekatan

Pantai Kundur

Seiras dengan Pantai Senok, Pantai Kundur juga dipenuhi dengan pokok-pokok pine yang tumbuh rapat yang membuatkan seluruh persisiran pantai itu seperti ‘Nami Island’ di Korea Selatan. Susunan pokok yang rapat dan redup sesuai untuk berkelah, bersantai ataupun sesi fotografi. Apa yang menarik di Pantai Kundur:

  • Bersebelahan dengan Pantai Cahaya Bulan & Pantai Mek Mas
  • Tersedia tempat riadah, taman permainan kanak-kanak dan beristirehat
  • Popular dengan Warung Pok Mat Pulau Pisang & Suwarin Jinda Cafe
  • Lokasi strategik untuk bergambar atau ‘photoshoot’ seperti di Nami Island, Korea

Pantai Mek Mas

Dikenali sebagai pantai padang pasir. Sesuai untuk mandi manda, bergambar, juga menguji kecerdasan fizikal untuk mendaki gunungan pasir di Pantai Mek Mas seperti di Tanah Arab! Unta sahaja yang belum ada 😂 apa yang boleh dilakukan di Pantai Mek Mas adalah:

  • Terkenal dengan sandboarding atau luncur pasir.
  • Lokasi strategik untuk bergambar atau ‘photoshoot’ seperti di padang pasiri Mesir atau Qatar
  • Nikmati Mee Sup Telur Gedik di gerai berdekatan Pantai Mek Mas

Pantai Nusuk

Pantai Nusuk yang terbukti kedudukan yang ‘nusuk’ iaitu bermaksud tersembunyi kini telah dibangunkan untuk dilawati oleh para pengunjung yang berada di Kota Bharu.

Fakta menarik: Tahukah anda bawah RM2 yang dikenakan untuk letak kereta dikatakan hanyalah untuk pengusaha tempat itu untuk membersihkan dan menjaga Pantai Nusuk sahaja. Antara perkara & aktiviti menarik di Pantai Nusuk yang patut anda tahu adalah:

  • Pantai untuk mandi manda dan berkelah
  • Aktiviti layang-layang dan santai di buaian yang cantik
  • kedai makanan tempatan seperti Kakzah pohon kelat & Kedai Kiasatina kedai kayu

Maka ini adalah antara 5 pantai di Kota Bharu dan apa yang menarik bukan sahaja dengan pemandangan, tetapi juga makanan & aktiviti menarik yang boleh dilakukan. Setiap pantai ini juga mempunyai keunikan dan keistimewaannya tersendiri.

Pengunjung juga dinasihatkan untuk semak dahulu cuaca dan musim yang akan dilawati ya untuk keselamatan dan kesejahteraan anda. Selamat meneroka pantai-pantai di Kota Bharu!

Tempah homestay anda di Kota Bharu bersama Salaam Suites!

You don't have permission to register