Pantai Nami Bachok Ini Setanding Dengan Pulau Nami Di Korea
Deretan pokok pain di Pantai Nami Bachok yang dibarisi indah sudah cukup untuk merangsang keterujaan sesiapa sahaja sebaik sahaja sampai di Pantai Senok, yang sering digelar “Nami Island of Malaysia’, yang hampir setanding dengan Pulau Nami di Korea.
Terkenal dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara, keindahan pokok pain sahaja sudah cukup menarik pengunjung yang ingin berselfie, berkelah bersama keluarga, bersantai bersama rakan-rakan dan menyambut hari lahir.
Malah pengantin baru menggunakannya sebagai latar belakang untuk sesi fotografi perkahwinan mereka.
Jangan lupa singgah di Pantai Cahaya Bulan. Tempat merupakan salah satu pantai yang digemari ramai di Kota Bharu juga!
Ketua Penolong Setiausaha (Pelancongan dan Kebudayaan) Pusat Maklumat Pelancongan Kelantan Nik Mahmud Nik Jaffar berkata dengan kira-kira 4,344 pokok pain atau casuarina equsetifolia dan kayu putih yang ditanam di sepanjang pantai sejak 2009.
400 benih baharu ditambah pada Disember tahun lepas, pantai itu menjanjikan banyak potensi.
Ramai penduduk tempatan merujuk pantai itu sebagai ‘Pulau Nami’ versi Malaysia di Korea. Perkampungan yang dahulunya menjadi perkampungan nelayan kini menjadi tarikan pelancong berikutan jolokan baharu ini.
Transformasi keindahan alam semula jadi di sana telah memberi sumber rezeki baharu kerana dengan kedatangan pelancong, penduduk tempatan berniaga termasuk makanan dan produk perusahaan kecil dan sederhana.
Tempat ini amatlah sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin melepaskan diri daripada kehidupan sibuk di bandar. Dengar saja bunyi ombak dari jauh sudah pasti dapat membantu merehatkan minda.
Di tambah pula dengan bunyi persekitaran seperti burung, daun bergeser antara satu sama lain dan apa saja bunyi semula jadi boleh membantu membina suasana yang sesuai untuk bermeditasi.
Pokok-pokok pine ini bukan sahaja tumbuh rapat, daun-daun mereka juga membentuk satu perlindungan daripada cahaya panas terik matahari. Nikmati juga udara nyaman tatkala berlindung di bawah pokok-pokok ini!
Katanya, jumlah pengunjung ke negeri ini masing-masing meningkat 92% dan 8% bagi pelancong domestik dan antarabangsa, dengan 4.3 juta pengunjung dicatatkan tahun lepas termasuk 300,000 dari luar negara.
Pokok pain pada asalnya ditanam oleh Jabatan Perhutanan Kelantan di bawah Program Pemuliharaan Kawasan Pantai bagi mengelakkan hakisan pantai dan banjir.
Apabila pokok pain dan eucalyptus ini semakin tinggi dan matang, ia memberikan landskap yang menakjubkan di Pantai Nami Bachok ini. Keistimewaan lain seperti makanan dan minuman termasuk ‘Maggi Telur Sotong’, ‘Maggi Ketam’ dan ‘Mee Celup’ (serupa dengan mi sup Thai) menambah tarikan ke tempat ini.
Terdapat kedai-kedai makan sepanjang pantai ini. Kalau dah lepas makan tu, buanglah sampah di tempat yang disediakan supaya pantai ini kekal bersih dan selesa untuk semua.
Adalah disyorkan untuk lawat pantai ini sekitar pukul 5 petang. Bukan sahaja persekitaran adalah lebih nyaman, anda juga boleh melihat pemandangan matahari terbenam. Bolehlah update gambar Instagram anda.
Pantai Senok hampir sama dengan keindahan di Pulau Nami, cuma bezanya pokok maple turut ditanam di mana daun bertukar warna mengikut musim.
Di Pulau Nami, kemudahan yang disediakan adalah lengkap dan tersusun; terdapat laluan pejalan kaki, papan tanda dengan banyak maklumat, restoran halal, surau, perpustakaan dan kafeteria.
Pantai ini amatlah sesuai untuk mereka yang ingin mencari tempat untuk bersantai dan luangkan masa bersama keluarga tersayang.
Saya rasa di Pantai Senok masih ada kemudahan dan prasarana yang perlu disediakan antaranya tandas, surau dan air bersih berhampiran kawasan tumpuan pengunjung.
Tempat ini telah popular di kalangan penduduk tempatan dengan tujuan utama mengambil gambar bersama rakan dan keluarga. Ada juga yang bawa wau mereka dan menikmati permainan lain seperti bola tampar, bina istana pasir dan sebagainya.
Saya tidak boleh cukup dengan pokok pain ini yang cantik dan unik. Ia bukan sahaja memberikan udara segar, tetapi apabila anda melihat ke atas, daun-daun itu seolah-olah bertemu. Dari sudut tertentu, pemandangan daun-daun pokok ini amatlah menarik untuk dihayati.
Pengunjung juga tidak sabar-sabar untuk melihat rumah api terkecil yang terletak di pinggir Pantai Senok di benteng batu. Terdapat juga tinggalan tapak pendaratan Jepun bersempadan dengan Kuala Pak Amat, Sabak, yang pernah menjadi tempat memancing.
Oleh itu, pakar pemancing atau pun pemula bolehlah singgah di Pantai Nami Bachok ini. Ikan laut tu kan lebih sedap dari ikan air tawar. Betul tak?
Jom lawati Kota Bharu bersama Salaam Suites di Troika Kota Bharu.