Tempat pelancongan menarik di Kota Bharu

5 Tips Bercuti Bersama Anak-Anak dan Keluarga di Kota Bharu

Nak bercuti di Kota Bharu? Baca 5 tips bercuti bersama anak-anak dan keluarga di Kota Bharu di sini.

Percutian ketika endemik bukanlah perkara yang pernah kita alami sebelum ini. Kini kita harus menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang demi keselamatan diri kita, anak-anak serta keluarga kerana endemik tidak bermakasud kita bebas dari sebarang virus, cuma ianya kurang berbahaya dan kita kena sentiasa berjaga jaga.

5 tips yang menyeluruh dan lengkap dengan elemen atau perkara yang harus difikirkan sebelum, semasa dan selepas percutian. Kami cuba ringkaskan dalam masa yang sama pastikan tips ini mampu membuat anda rancang precutian anda dengan strategik dan meneyeronokkan!

Percutian Percubaan

Bercuti juga perlu percubaan ya macamm peperiksaan di sekolah? Kalau kita fikir balik kenapa ada percubaan? Supaya kita lebih bersedia dan tahu apa dan bagaimana kita akan lalui situasi tersebut.

Jadi, unutk percutian bersama anak-anak dan keluarga, anda boleh cuba pergi ke kawasan yang terdekat dahulu, mungkin destinasi yang boleh pergi dan balik pada hari yang sama, kemudian cuba pula percutian 2 hari 1 malam di negeri yang terdekat dengan tempat melancong yang minimal.

Perhatikan keadaan anak-anak di dalam kereta, ketika melawat tempat menarik, ketika di kedai makan. Yang paling penting, bercerita dengan anak-anak mengenai percutian yang akan anda alamai, ini akan memberi sedikit pendedahan apa yang akan mereka alamai.

Rancang mengikut kesesuaian

Anda pasti lebih tahu apa yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga anda. Jadi cuba sebaik mungkin untuk pertimbangfaktor-faktor ketika merancang percutian anda. Ini supaya perjalanan dan percutian anda bersama akan lebih meyeronokkan dan efektif.

Antara perlu yang perlu dipertimbangkan semasa merancang:

Perjalanan: Waktu bertolak pergi dan balik, ‘ETA’ atau anggaran masa sampai, jarak perjalanan, berhenti setiap beberapa jam di kawasan R&R untuk dapatkan udara segar & membeli makanan mengisi perut.

Keselamatan: Pastikan keadaan kenderaan anda berada dalam keadaan baik, tali pinggang keselamatan dn kerusi keselamatan untuk anak kecil, minyak yang cukup dan paling mudah, had laju yang ditetapkan.

Aktiviti: Pastikan tidak terlalu padat yang akan memenatkan anda dan keluarga, kapasiti tenaga anak-anak dan jarak antara setiap aktiviti.

SOP Endemik Terbaru

Baca dan kenal pasti mengenai destinasi yang bakal dilawati atau didiami adakah ia mengikut SOP yang ditetapkan. Mungkin kita sudah terbiasa dengan kelonggaran di fasa endemik ini dan telah mendapat vaksin, tetapi ingat, kanak-kanak berumur bayi hingga sebelum 5 tahun belum mendapatkan vaksin.

Antara faktor yang perlu dipertimbangan adakah hotel mengamalkan SOP yang tela ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara ketika di fasa endemik seperti jarak sosial, jadual infeksi, kualiti udara serta kemudahan mencuci tangan.

Pastikan anda mempunyai keperluan untuk mematuhi SOP seperti face mask, hand sanitizer, wet wipes. Ini bukan hanya utuk SOP Covid-19 tetapi untuk sebarang penyakit berjangkit yang bahaya.

Servis Mesra Keluarga

Anda juga perlu tahu bagaimana servis yang disediakan adakah ianya mesra keluarga dan kanak-kanak. Kawasan yang luas untuk anak-anak, bilik yang selesa dan tidak terlalu banyak perhiasan yang merbahaya untuk kanak-kanak.

Setiap tempat yang ingin dilawati perlu dilihat dulu kesesuaiannya dari segi luas kawasan, waktu melawat yang tidak terlalu ramai, pembelian tiket secara online dan tidak perlu beratur, kemudahan awam seperti tandan dan surau yang kondusif.

Kelengkapan anak-anak – mainan, pakaian, stroller, makanan/snek

Untuk pastikan percutian anak-anak anda selessa dan menyeonokkan, bawa bersama mainan kegemaran meraka supaya dapat menjadi tarikan ketika mereka mula penat.

Makanan snek juga perlu dibawa sekali supaya mereka sentiasa berada dalam keadaan yang tidak lapar. Jika kedai makan terlalu penuh, pastikan anda mempunyai snek seperti roti, susu sebagai alas perut sebelum menu utama.

Pakaian yang selesa juga memainkan peranan penting untuk pastikan keselesaan mereka, bersesuaian dengan cuaca dan jenis aktiviti.

Stroller juga boleh menjadi pilihan jika anak-anak sudah penat berjalan atau mengantuk. Pastikan ia muat dalam kenderaan anda ya!

Semoga tips ini membantu anda merancang dan melihat percutian anda secara menyeleruh serta faktor-faktor yang harus dipertimbangkan. Selamat bercuti!

Untuk tips yang lain, tolong baca artikel kita di sini:

4 Cara dan tips terbaik untuk sampai ke Kota Bharu


5 tips bercuti bersama anak dan keluarga di Kota Bharu


You don't have permission to register