akaf_che_yah_kota_bharu

10 Tempat Best untuk Shopping Di Kota Bharu

Sudah sampai di Kelantan, memang terkenal dengan akitiviti shopping atau membeli belah dengan harga yang berpatutan. Di sini kami 10 tempat best untuk shopping di Kota Bharu.

Pasar Besar Siti Khadijah

Tempat pelancongan menarik di Kota Bharu

Boleh dikatakan sebagai ‘one stop center’, Pasar besar Siti Khadijah mempunyai 3 tingkat dengan bahagian yang berbeza. Aras bawah mengumpulkan kedai-kedai yang menjual barang dapur dan pasar basah. Aras satu terdapat kedai-kedai yangmenjual makanan kering seperti keropok ikan, dodol, ikan kering, rempah-ratus termasuk serunding. Aras kedua merupakan syurga bagi kain pasang, kain batik, kain pelikat, telekung, beraneka jenis tudung, baju wanita, t-shirt dan lain-lain.

Wakaf Che Yeh

akaf_che_yah_kota_bharu

Dua konsep yang berbeza kerana pada waktu siang, pasar ini merupakan pasar borong barangan basah, manakala pada waktu malam pula ia berkonsepkan pelbagai barangan seperti kain pasang, toto, tuala dan pelbagai lagi.

Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

Biasanya kalau kita bawa mak, pasti mereka suka untuk shopping barangan pinggan mangkuk, periuk belanga, set sudu garpu dengan harga yang berpatutan serta bebas cukai!

Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor

Tempat shopping lain yang juga zon bebas cukai terdapat di Pengkalan Kubor. Kat sini korang boleh membeli barang-barang seperti jersi, pakaian wanita, kuali belanga, toto, handbag berjenama (replika), coklat dan sebagainya pada harga yang murah-murah.

Pasar Raya Besar Mydin

Pasar Raya Besar Mydin yang terletak di Tunjong, Kota Bharu, adalah cawangan ke-67 dan berkeluasan hampir sejuta kaki. Turut dilengkapi fasiliti pasar raya besar yang menawarkan pelbagai barangan seperti keperluan rumah, barangan dapur, barangan segar, pakaian, produk berkaitan Muslimin dan kelengkapan haji.

Kampung Kraftangan

Pelbagai jenis kraftangan hasil daripada kerja tangan halus masyarakat Kelantan dipamerkan dan anda berpeluang melihat demonstrasi tenunan songket, sulaman tradisional, mencanting batik, ukiran kayu dan kerja perak yang dilakukan oleh tukang yang mahir di Kampung Kraftangan. Hasil kraf mereka boleh dibeli di sini.

Bazar Tok Guru

Cukup terkenal dengan semua orang di seluruh negeri Kelantan dengan barangan beli belah untuk golongan wanita seperti tudung, jubah, pakaian, telekung, pakaian haji dan macam-macam lagi. Tempat ini cukup strategik kerana ianya terletak betul-betul di tengah-tengah Kota Bharu dan mudah untuk diakses oleh sesiapa sahaja yang bercuti dang mengunjungi Kota Bharu.

Bazar Buluh Kubu

Bazar ini terkenal dengan barangan beli belah untuk pelbagai peringkat umur. Antara barang-barang yang anda boleh beli di sini termasuk kain batik, songket, baju kurung, selendang, pelbagai jenis tudung, baju kelawar bercorakkan batik dan pelabagi pilihan yang ada. Dari pelbagai kualiti ke kualiti premium untuk dipilih.

Pasar Besar Siti Aishah Jelawat

Pasar ini terkenal dengan makanan tradisional tempatan seperti ikan, makanan laut, sayuran segar, lauk pauk serta deretan kuih muih tradisional dengan harga yang berpatutan serta pilihan yang banyak. Sama seperti konsep bazar dan pasar lain yang mempunyai pilihan yang banyak cuma jenis barangnya sahaja yang memebezakan pasar-pasar ini.

AEON Mall Kota Bharu

Mula beroperasi sejak tahun 2016, AEON Mall KB yang besar telah menjadi pusat membeli belah barangan modern utama di negeri Kelantan. Banyak butik-butik, premis, dan restoran francais yang boleh di dapati di sini. Antaranya Coffee Beans, Kenny Rogers, Nando’s, Mee Tarik, Black Canyon, dan lain-lain.

Jika anda ingin mencari rangkaian pengeluar pakaian terkemuka dunia, H&M, ia berada di aras Ground Floor.

Memang banyak tempat nak shopping dekat Kota Bharu. Harga pun murah, sangat berpatutan dan barang pun sangat unik. Kalau dah sampai Kota Bharu tu, jangan lupa tempah homestay dengan kami di sini.

You don't have permission to register