deretan pokok teratur di pantai nami bachok

Bestnya! Cuti Honeymoon di Kota Bharu untuk Tahun 2022

Pasangan atau couple yang dah kahwin kalau nak rancang cuti Honeymoon di Kota Bharu untuk tahun 2022, bolehlah rujuk senarai ini.

Honeymoon di Kelantan bermaksud anda memilih untuk ‘explore’ pelbagai jenis rasa dan makanan sambil tengok pemandangan yang cantik & tenang. Senarai kali ini kami sediakan cadangan tempat tinggal, tempat meraikan sambutan atau kejutan, tempat berkelah & bergambar dan paling wajib kedai makan yang paling sedap di Kota Bharu!

1. Ala Riverview Lodge

Dengan bilik yang luas dan cantik, pemandangan ditebing Sungai Pengkalan Datu, ada kolam renang semuanya serba lengkap, Ala Riverview Lodge adalah antara tempat yang sesuai untuk ‘honeymoon’ anda lengkap dengan privasi kerana tiada bilik yang berhadapan atau bersebalahan.

2. Idaman PCB Riverview

Ia merupakan satu-satunya glamping site di Kota Bharu, Kelantan. Dengan view sungai yang cantik, sangat sesuai kalau ingin sambut hari jadi atau ulang tahun perkahwinan atau apa sahaja! Lokasinya juga strategik berdekatan dengan Pantai Cahaya Bulan dan kedai makan yang sedap!

3. Min House Camp

Kalau anda sukakan ‘honeymoon’ berkonsepkan ‘nature’, pastinya ini adalah tempat yang sesuai kerana dikelilingi dan dibina di tepi sungai. Pengunjung juga dapat merasai aktiviti berkayak, memerhati kelip-kelip, memanah, Kahawa Cofee, spa dan macam-macam lagi.

4. Par 3 Golfer’s Terrace Cafe 

Berkelah di atas rumput padang Golf di dengan kawasan yang luas, cantik dan kemas. Kelantan Golf Club PC telah membuka kafenya kepada orang ramai. Tempat ini juga sesuai untuk Sambutan Hari Lahir, Ulang Tahun Perkahwinan dan macam-macam lagi! Menu dan harganya juga berpatutan seperti kedai makan biasa!

5. Kota Bharu Street Art

Seni jalanan yang mempunyai pelbagai mural sesuai untuk pengunjung yang suka bergambar. Bukan hanya satu lorong tapi banyak lorong yang dindingnya dijadikan ruang untuk menghargai seni jalanan, antara tema lukisan adalah Palestin Art Corner, Batik serta Seni dan Budaya.

6. Uptown Dataran MARA

Port lepak di Kelantan yang paling lengkap, lebih dari makanan sahaja! Aktiviti menarik yang ada disana antaranya adalah pameran lampu-lampu, melawat kucing jangok (setiap hari bajunya berbeza ya!), persembahan busking, pasar karat dan pakaian juga turut dijual disini.

7. SIAM Restoran Ikan Bakar & Thai Street Food 

Siam 2 ini merupakan sebuah restoran terbuka dengan dapur masak serta dipenuhi disekeliling bahagian hadapan dan tepi restoran dengan gerai yang menyediakan Thai Street Food seperti Pulut Mangga, Suo Rong Hai, Kerabu Maggi, Somtam, Miangpla dan macam-macam jenis masakan seafood!

8. Pantai Nami, Korea (Pantai Senok & Pantai Kundur)

Kedua-dua pantai ini dihiasi dengan pokok-pokok pine yang tumbuh rapat yang membuatkan seluruh persisiran pantai itu seperti ‘Nami Island’ di Korea Selatan. Deretan pokok juga telah memberi kesan redup sesuai untuk berkelah, bersantai ataupun sesi fotografi. Pengunjung boleh memilih samada untuk ke Pantai Senok atau Pantai Kundur mengikut kesesuaian kerana kedua-duanya berada di Kota Bharu.

9. Mee Warisan KB

Yang sering disebut-sebut oleh warga Tiktok, rupanya ini kedai makan sedap yang warga Kota Bharu simpan dari semua! Kedainya ringkas sahaja di barisan kedai biasa tetapi antara menu popular adalah Mee Kicap Ayam Goreng, Chiken Roll & Wantan Goreng.

10. Parkskalo

Kedai makan yang mempunyai hidangan kampung lengkap dengan pengalaman di kampung, dihiasi dengan pondok-pondok tradisional makan tempat bersila, pinggan antik, pondok, barangan-barangan antik yang menaikkan seri tempat makan di Park Skalo. Kalau anda cari kedai selain dari kedai biasa di bandar, ini antara tempat yang klasik!

Semoga senarai tempat ini dapat membantu anda dan pasangan mempunyai pengalaman ‘honeymoon’ yang menarik di Kota Bharu!

Kalau nak cari tempat tinggal, tempah terus dengan kami di sini.

You don't have permission to register