3 Hari Bercuti di Kota Bharu: Jadual Perancangan + Tempat Tinggal dan Tips!

Tengah berfikir untuk meluangkan masa 3 hari bercuti di Kota Bharu? Pilihan yang baik! Kami berasa jangka masa itu sangat sesuai untuk bercuti di Kota Bharu. Di sini kami juga ingin kongsikan jadual perjalanan untuk membuatkan percutian anda lebih hebat.

Semestinya, jika anda dapat meluangkan lebih banyak masa adalah lebih baik. Walau bagaimanapun, 3 hari di Kota Bharu sudah cukup bagus dan sesuai untuk hujung minggu yang panjang atau sebahagian daripada percutian di Pantai Timur.

Untuk membantu anda dengan perancangan, kami akan kongsikan sebanyak mana yang mungkin untuk percutian anda di Kota Bharu. Kami akan berikan jadual pejalanan, tips untuk melawat tempat pelancongan, tempat makan, tempat tinggat dan cara berjimat juga.

Jom kita mula!

3 Hari Jadual Perancangan di Kota Bharu

Perjalanan:
Jika anda memandu kenderaan sendiri, rancang perjalanan anda untuk pastikan anda sempat untuk chek in hotel pada lingkungan masa 2 petang. Bagi perjalanan pulang pula, rancang waktu ketibaan yang diinginkan.

Jika anda mahu menjimat masa perjalanan ke Kelantan, anda boleh menggunakan perkhidmatan pernerbangan ataupun perkhidmatan keretapi iaitu KTM KL Sentral – Gemas – Wakaf Bharu. Tetapi apabila sampai, eloklah jika dapt mencari kerata sewa atau hanya menggunakan teksi atau aplikasi Grab.

Tempat Tinggal

Setelah sampai mengikut masa yang dirancang, anda boleh ‘check-in’ ke homestay atau tepat tinggal pilihan anda untuk berehat sebentar setelah mengalami perjalanan yang jauh.

HARI PERTAMA

Tempat Berjalan & Makan

  • Makan Tengahari: Makan nasi berlauk kelantan di Nasi Ulam Cikgu
  • Jalan Petang: Keluar ambil angin ke Pantai Senok
  • Minum Petang: Warung Cuba Rasa Celup Tepung, Pantai Senok
  • Makan malam: Lepak santai di Restoran Siam

HARI KEDUA

Tempat Berjalan & Makan

  • Sarapan Pagi: Kedai Kopi Whitehouse
  • Jalan Pagi & Tengahari: Kota Bharu Street Art, Bank Kerapu, Bank Pitis, Istana Balai Besar
  • Makan Tengahari: Selera D Air K’Kochok Pulau Tengah
  • Jalan Petang: Pulau Tengah (River Cruise, ​​Jeti Terapung sejauh 350, memancing, berkayak dan mandi manda di Pulau Tengah Eco Water Park)
  • Minum Petang: Selera D Air K’Kochok Pulau Tengah
  • Makan & Jalan Malam: Uptown Dataran MARA

HARI KETIGA

Tempat Berjalan & Makan

  • Sarapan Pagi: Kopitiam Kita
  • Jalan Pagi: Beli-belah di Pasar Besar Siti Khadijah
  • Check out homestay/tempat tinggal
  • Makan Tengahari: Mee Warisan KB/PakSkalo
  • Jalan Tengahari & Petang: Jeram Mengaji Agro Resort
  • Minum Petang: Me Celup RM1

TIPS

  • Memandangkan cadangan trip ini tidak terlalu padat dengan aktiviti atau terlalu kosong, maka ia sesuai untuk trip bersama keluarga atau rakan-rakan.
  • Sesetengah tempat di Kota Bharu dapat dicapai hanya dengan jarak jalan kaki, jadi periksa jarak tempat yang ingin anda lawati sambil melihat keindahan rakyat tempatan Kelantan!
  • Kami juga mencadangkan agar pengunjung memeriksa masa operasi setiap tempat. Sebagai contoh, apabila cuti umum, cuti negeri Kelantan atau kedai tersebut tutup pada hari apa.
  • Belajar sedikit dialek Kelantan barulah sedap do’oh! Sambil makan mee celup!
  • Jika anda memilih percutian ke Kelantan dengan memandu, pilih beberapa kawasan R&R bagi pemandu berehat atau mungkin bergilir pemandu.

Apa jua pilihan anda, lebih baik untuk merancang percutian anda di Kota Bharu supaya dapat meneroka setiap sudut dan setiap citarasa makanan di Kota Bharu. Perjalanan pulang juga harus dirancang supaya dapat sampai ke destinasi pada waktu yang terbaik.

You don't have permission to register