3 Tempat Terkenal untuk Dapatkan Batik Kelantan
Apabila menyebut Kelantan, pastinya akan menjadi buah fikiran anda adalah batiknya. Kelantan adalah antara negeri yang terkenal dengan batik di mana di sini dihasilkan secara besar-besaran bagi tujuan komersil.
Jadi, tidak hairanlah jika anda boleh dapatkan pelbagai corak batik di Kelantan dengan harga yang berpatutan dan anda mempunyai banyak pilihan. Di kelantan itu sendiri terdapat pelbagai tempat yang menjual dan menghasilkan batik.
Di Kota Bharu sahaja, anda boleh jumpa peniaga yang meniaga kain batik hampir di setiap tempat. Di sini kami kongsikan kepada anda antara 3 tempat yang popular bagi pengunjung mendapatkan kain batik mengikut penilaian Google.
1. Nordin Batik
Nordin Batik adalah antara perusahaan batik yang mendapat penilaian yang tertinggi di Google dengan 4.0 bintang oleh 199 orang penilai.
Anda boleh mengunjungi premis ini yang beralamat di Lot 147, Kampung Pintu Geng, 15100, Kota Bahru, Kelantan dan dibuka setiap hari pada jam 10 pagi hingga 5 petang dan tutup sepenuhnya pada hari jumaat.
Satu perkongsian telah dimuat naik oleh pengguna Google yang bernama myenzer 83 yang berbunyi,
“Batik Store in Kota Bharu town with good hospitality and friendly staffs. There are having traditional boat and batik painting activities. Besides that, visitors are able to see batik process including canting and colouring the batiks.”
Di dalam perkongsiannya, myenzer 83 berkongsi bahawa Nordin Batik mempunyai layanan yang baik serta kakitangan yang ramah.
Di sini juga mempunyai bot tradisional dan aktiviti mencanting batik. Selain daripada itu, myenzer 83 juga berkata pengunjung dapat melihat sendiri proses membuat batik termasuk canting dan mewarnakannya.
Jika anda dari jauh dan berminat untuk mengunjungi premis ini, anda bolehlah merujuk lokasi premis ini di pautan:
https://maps.app.goo.gl/QMGTcVNRPtLfRWRa7
2. Kartika Kiara Batik
Kartika Kiara Batik terletak di Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kampung Kijang, 15350 Kota Bharu, Kelantan dan dibuka setiap hari pada jam 9 pagi hingga jam 6 petang.
Kartika Kiara Batik mendapat penilaian 4.3 bintang oleh 57 pengguna Google. Salah satu komen yang ditinggalkan oleh pengguna Google yang bernama MS Ahad adalah seperti berikut,
“Kartika kiara batik produce HAND PAINTING batik. The fabric used is of high quality. I have bought the product before, not feeling hot when wearing it and it could absorbs moisture.
They have ready stock for sale and always ready to accept orders from customers. At our request they can draw batik of your choice and design.
I was told that some of the orders were from school , office uniforms and other clothings.
Price is competitive and they do free delivery throughout Malaysia.”
Di dalam komennya, MS Ahad berkata Kartika Kiara Batik menghasilkan sendiri batik mereka. Kain yang digunakan mereka juga adalah yang beekualiti tinggi.
MS Ahad juga berkata bahawa dia pernah membeli dengan perusahaan ini sebelum ink dan kain batik yang dihasilkan adalah daripada kain yang tidak panas dan menyerap lembapan.
Dia juga berkata Kartika Kain Batik sentiasa mempunyai kain batik untuk dijual serta merta dan mereka juga membuka tempahan kain batik mengikut permintaan pelanggan mereka.
MS Ahad berkata, Kartika Kain Batik menerima tempahan daripada pihak sekolah, korporat, dan lain-lain lagi. Harganya juga berpatutan dan mereka menyediakan penghantaran secara percuma ke seluruh Malaysia.
Buat anda yang ingin berkunjung ke premis ini, anda bolehlah menyemak lokasi premis ini pautan tersebut:
https://maps.app.goo.gl/QMakX5i8DkPXKYid7
3. Haji Idris Omar Songket & Batik
Di Google, Haji Idris Omar Songket & Batik mempunyai penilaian yang baik iaitu 4.1 bintang oleh 36 penilai.
Rata-rata warganet yang mengongsikan pengalaman mereka membeli-belah di perusahaan ini amat berpuas hati dengan kualiti kainnya serta harganya yang murah.
Satu komen telah dibuat oleh pengguna Google yang bernama Ling yang berbunyi,
“Many batik selection & good quality. Got one of my favourite there. Cheaper if you are comparing with KL.”
Ling berpendapat bahawa di sini terdapat banyak pilihan batik yang berkualiti. Dia juga mengakui bahawa dia mendapatkan salah satu batik kesukannya di sini. Dia juga turut menambah harga batik di sini adalah jauh lebih murah berbanding di Kuala Lumpur.
Jika anda berminat untuk membeli di sini, anda bolehlah mengunjungi premisnya yang beralamat di Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kampung Penambang, 15350 Kota Bharu, Kelantan.
Premisnya juga dibuka setiap hari pada jam 9 pagi hingga jam 7 petang kecuali pada Jumaat dan Sabtu yang tutup pada 6.30 petang. Lokasi kedainya boleh didapati di pautan ini: –
https://maps.app.goo.gl/h2YnksjXcCnGBdNv6
Kalau sudah tiba di Kota Bharu, tempah terus homestay anda bersama kami di sini.