HomeUtama AboutTentang PropertiesPenginapan
Hotel Salaam SuitesHotel Ma'WaTroika ResidencesBell SuitesTownhouse 591
BlogBlog Property KnowledgeInfo Hartanah EventsMajlis Makan² Lumin ContactHubungi
Blog

10 Tempat Makan Viral & Sedap di Kota Bharu

S Salaam Suites 21 June 2022 3 min baca
10 Tempat Makan Viral & Sedap di Kota Bharu

Nak cuba tempat makan viral & sedap di Kota Bharu? Jom tengok tempat-tempat ni!

Kredit: D’Syaz Cafe Maggi Ketam

Makanan viral yang orang ramai gemar dan suka kongsi di media sosial memang ada sebabnya. Jadi kalau dah sampai di Kota Bharu, jemput singgah ke tempat-tempat makan viral & sedap ni!

Mee Celup RM1
Mee Celup di Kota Bharu memang mudah dijumpai di mana-mana, tapi di manakah nak dapat Mee Celup yang harganya cuma RM1? Jawapannya, D’Bamboo Tapang! Bukan Mee Celup sahaja yang ditawarkan pada harga RM1, malah ABC, Kuey Teow, Buhun, Nasi Air dan pelbagai hidangan lain turut dijual pada harga yang sama.

Sinfonia Slush
Uncle yang jual air ni memang santai orangnya. Tanpa gerai pun, beliau hanya menggunakan extension motor sebagai tempat meletakkan air dan manisan, namun lepas jadi viral, beratur panjang terus! Dengan harga antara RM3 hingga RM5 sahaja, memang wajib masuk dalam senarai wajib pergi.

Siam Restoran
Port lepak malam yang terbuka ini dipenuhi gerai-gerai di sekeliling bahagian hadapan dan tepi restoran, menawarkan pelbagai Thai Street Food seperti Pulut Mangga, Suo Rong Hai, Kerabu Maggi, Somtam, Miangpla dan pelbagai hidangan seafood yang lain.

D’syaz Cafe Maggi Ketam
Dah sampai di Pantai Timur, memang kena rasa Maggi Ketam. Kuah yang pekat, ketam segar berwarna merah yang besar sampai penuh semangkuk, dihidang panas-panas. Confirm tak nak kongsi dengan orang sebelah! Bukan Maggi Ketam sahaja, lauk masakan ketam yang lain pun ada semuanya di sini.

Kopitiam Kita
Antara kedai makan yang wajib dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang berada di Kota Bharu! Roti titab paling sedap yang memang wajib dipesan. Terdapat 3 jenis pilihan iaitu klasik, kahwin dan pandan, dan setiap jenis pula hadir dengan pelbagai pilihan topping. Bukan itu sahaja, lauk-lauk tempatan Kelantan yang lain turut ada di sini. Wajib masuk dalam senarai anda!

Kedai Kopi Whitehouse
Sama ada awal pagi atau waktu malam, menu yang sama sentiasa menarik ramai pelanggan dari pelbagai penjuru. Berusia 87 tahun (ditubuhkan pada tahun 1935), kedai ini sesuai untuk anda menikmati pengalaman kedai kopi klasik yang tulen. Pengunjung boleh mencuba resepi kopi turun-temurun bersama set roti bakar dan telur separuh masak.

Restoran Nasi Ulam Cikgu
Suasana di sekeliling restoran ini cantik dan unik kerana ia terletak di tapak tinggalan istana diraja Kelantan. Terkenal dengan hidangan pelbagai ulam berserta aneka lauk tradisional masyarakat Kelantan.

To The Moon Cafe
Sangat viral di TikTok bagi pengunjung yang gemar ‘vibe’ kafe estetik dan moden. Banyak sudut menarik yang sesuai untuk bergambar dan dikongsi di media sosial. Kafe ini juga amat sesuai untuk mereka yang menyukai makanan western dan pastri. Jom ikut trend rakam ‘mini vlog’ kalau singgah di kafe ini!

Uptown Dataran MARA
Port lepak paling lengkap di Kelantan, lebih daripada sekadar makanan! Antara aktiviti menarik yang boleh dinikmati di sana ialah pameran lampu-lampu, melawat kucing jangok (bajunya berbeza setiap hari!), persembahan busking, pasar karat, serta jualan pakaian.

Pok Loh Milo Tunggeng
Sangat viral dengan topping milo yang menggunung tinggi, warung ini terkenal dengan taburan milo yang melimpah-ruah untuk setiap cawan, dituang terus dari tin milo yang besar! Menu istimewa selain Milo Tonggeng untuk sarapan pagi termasuklah Nasi Kerabu, Set Sate, Laksam dan pelbagai lagi.

Dah selesai makan, jangan lupa ‘update’ keadaan terkini tempat makan viral & sedap tu supaya orang ramai boleh terus menyokong dan membantu mengembangkan perniagaan warga Kota Bharu pada tahun 2022 dan seterusnya.

Kalau nak cari tempat tinggal semasa di Kota Bharu, tempah bersama kami di sini.

Ready to start your Kelantan adventure? Bersedia untuk meneroka Kelantan?

Book your room at Salaam Suites Tempah bilik anda di Salaam Suites
Share thisKongsi ini