Mari Lihat 10 Kuih Unik yang ada di Kota Bharu

Kelantan sangat terkenal dengan makanannya yang manis. Selain makanan harian mereka, mereka juga mempunyai pelbagai manisan dan kuih muih yang manis.

Kredit: Utusan TV

Mari ikuti kami untuk mengetahui kuih muih unik Kelantan yang terdapat di Kota Bharu.

1. Kuih Akok

Kuih akok sangat terkenal di negeri Kelantan. Di sini, terdapat pelbagai variasi kuih Akok antaranya adalah kuih Akok Telur, Akok Nyiur, dan Akok Kahwin. Kuih Akok Telur adalah kuih Akok tradisional dan yang asli sebelum divariasikan oleh variasi yang lain manakala kuih Akok Nyiur adalah Akok asli yang ditambah parutan kelapa di dalamnya. Akok Kahwin pula adalah cantuman antara kuih Akok asli dan kuih Bahulu. 

2. Kuih Beko

Kuih Beko adalah sejenis kuih yang berasaskan nyiur (parutan kelapa) dan merupakan salah satu kuih tradisional Kelantan yang terkenal. Terdapat ramai peniaga yang menjual kuih ini terutama di Pasar Siti Khadijah. Kuih ini rangup di luar dan kenyal di dalam. Bagi penduduk tempatan, mereka suka menikmati kuih ini semasa panas ketika musim hujan. 

3. Kuih Jala Emas

Kuih ini diperbuat daripada telur ayam atau telur itik yang dimasak menggunakan air didihan gula dan pandan. Telur ayam atau itik yang telah dipukul kemudiannya disiram perlahan-lahan di atas air gula yang masih dipanaskan sehingga berbentuk seperti benang. Buat pecinta makanan manis, kuih ini adalah juadah yang anda wajib cuba kerana rasanya yang amat manis terutama jika anda membelinya di Kelantan.

4. Kuih Tahi Itik

Seperti kuih Benang Emas, asas pembuatan kuih ini adalah telur ayam atau telur itik yang dimasak bersama gula dan beberapa bahan lain seperti pandan dan bunga cengkih. Kuih ini lembut dan kenyal selain rasanya yang lemak manis. Sesetengah pelancong mungkin tidak suka kerana mempunyai rasa cengkih tetapi bagi penduduk tempatan, kuih ini adalah antara juadah kebiasaan mereka.

5. Kuih Buah Gomok

Kuih ini diperbuat daripada adunan tepung beras pulut dan gula nisan atau gula melaka. Anda jangan tertipu dengan salutan debu putih yang melitupi kuih ini kerana itu bukanlah gula tetapi tepung beras pulut. Kuih ini manis dan terdapat sedikit rasa hangus daripada tepung beras pulut yang dimasak tanpa minyak sehingga keperangan sebelum ditumbuk atau dikisar sehingga halus. Kuih ini tidak semanis kuih Jala Emas jadi bagi yang ingin mencuba, kuih ini adalah pilihan yang bagus.

6. Pulut Lepa

Juga dikenali sebagai Pulut Bakar, kuih ini dibakar di dalam acuan berbentuk bulat di atas pemanggang sehingga keperangan. Selain berbentuk bulat, anda juga boleh dapatkannya dalam bentuk memanjang. Antara isi yang terkenal di dalam adalah Serunding Daging, Serunding Ayam, dan serunding Ikan. Akan tetapi, ada juga pelanggan yang sukakan pulut bakar kosong. Jika anda singgah ke Kota Bharu, anda jangan lupa untuk merasai juadah ini.

7. Kuih Kuba Guling

Kuih Kerbau Guling adalah kuih yang diperbuat daripada arang tempurung dan kemudiannya diguling-guling di dalam parutan kelapa sehingga menyaluti bahagian luar kuih tersebut. Disebabkan kuih ini berwarna hitam pekat kerana diperbuat daripada arang. Rasa kuih ini manis yang lembut. Jika anda ingin menikmati kuih ini, anda boleh dapatkannya di sekitar pasar Siti Khadijah.

8. Kuih Serabai

Menu ink diperbuat daripada beras pulut dan nasi sejuk yang dikisar sehingga halus dan dimasukkan beberapa bahan lain sebelum dibakar. Kuih ini dinikmati bersama kuah manis atau kuah ikan atau kedua-duanya. Jika anda beli menu ini di Kelantan, anda akan dapati terdapat kedua-dua kuah ini dijual bersama.

9. Kuih Koleh Kacang

Kuih ini terkenal kerana ia diperbuat daripada tahi minyak (sisa lebihan minyak masak) dan diadukkan bersama santan dan tepung kacang hijau. Kuih ini sangat sesuai dijadikan menu petang kerana rasanya yang berkacang dan lemak manis. Kuih ini juga sesuai dihidangkan bersama minuman panas seperti kopi atau teh.

10. Ketupat Manis

Di Kelantan, terdapat pelbagai variasi ketupat manis. Antara yang anda boleh dapatkan adalah ketupat manis original, ketupat manis jagung, dan ketupat manis kacang. Ketupat ini dibungkus di dalam daun palas sebelum dikukus hingga masak. Rasanya lemak manis dan kenyal. Sesuai dimakan sahaja atau dimakan bersama gula seperti gula pasir atau gula perang.

Memang menarik dan sangat sedap! Kalau dah nak ke Kota Bharu, jom tempah terus homestay dengan kami di sini.

You don't have permission to register