10 Tempat Viral Di Kota Bharu Yang Patut Anda Lawati

Inilah 10 tempat viral di Kota Bharu yang menjadi tumpuan orang ramai. Setiap tempat atau kedai makan yang viral pasti ada sebabnya. Tempat-tempat ini dapat menarik pengunjung di Kota Bharu bukan hanya sekadar ‘views’ di media sosial, tetapi kerana pengalaman pemandangan, rasa makanan, tempat yang selesa dan sebagainya.

Pok Loh Milo Tunggeng
Cukup viral dengan topping milo yang menggunung, warung ini terkenal dengan taburan milo yang menggunung untuk setiap cawan dituang terus dari tin milo yang besar!

Menu istimewa selain Milo Tunggeng untuk sarapan pagi adalah Nasi Kerabu, Set Sate, Laksam dan pelbagai lagi.

Pulau Nami Korea Kelantan
2 pulau di Kelantan iaitu Pantai Senok & Pantai Kundur, keduanya dipenuhi dengan pokok-pokok pine yang tumbuh rapat yang membuatkan seluruh persisiran pantai itu seperti ‘Nami Island’ di Korea Selatan.

Susunan pokok yang rapat dan redup sesuai untuk berkelah, bersantai ataupun sesi fotografi.

Icekate Klate
Jom pakat main ice skating pertama di Kota Bharu dengan kawan-kawan! Tiket masuk untuk hanyalah dibawah RM25 sahaja!

Jangan lupa sewa bersama kasut, sarung tangan, stokin dan penguin kalau perlu! Kalau korang nak tahu lantai itu bukan hanya mozek tetapi merupakan ‘authentic ice’!

Kahawa Coffee (Min House Camp)
Kedai Kopi yang sangat berbeza ‘mood’ dan ‘vibe’ berbanding kedai kopi lain.

Kenapa? Sebab kedai kopi ni berada di dalam Min House Camp sambil menikmati pandangan sungai, tenang kerana dikelilingi dengan rimbunan hutan yang redup dan sejuk.

Ala Riverview Lodge
Kalau anda ada rancang untuk bercuti dengan kawan-kawan, Ala Riverview Lodge adalah antara tempat yang sesuai dengan bilik yang luas dan cantik, pemandangan menghadap sungai, ada kolam renang semuanya serba lengkap!

Tempat ini sangat sesuai jika keluar bersuka-ria dengan kawan-kawan atau secara berkumpulan.

Idaman PCB Riverview
Ia merupakan satu-satunya glamping site di Kota Bharu, Kelantan.

Dengan view sungai yang cantik, sangat sesuai kalau ingin sambut hari jadi atau ulang tahun perkahwinan atau apa sahaja! Lokasinya juga strategik berdekatan dengan Pantai Cahaya Bulan dan kedai makan yang sedap!

Kopitiam Kita
Antara kedai makan yang wajib untuk semua yang ada di Kota Bharu! Roti titab paling sedap yang wajib order.

Ada 3 jenis yang disediakan samada klasik, kahwin dan pandan dans etiap jenis pula ada macam-macam topping.

Bukan itu sahaja lauk tempatan kelantan lain juga semua ada disini. Wajib masuk dalam checklist anda!

Parkskalo
Kedai makan yang memounyai hidangan lengkap seperti di kampung, lengkap dengan tempat bersila, pinggan antik, pondok tradisonal, barangan-barangan antik yang naikkan seri tempat makan di Parkskalo.

Kalau anda cari kedai selain dari kedai biasa di bandar, ini antara tempa yang klasik!

Kota Bharu Street Art
Seni jalanan yang mempunyai pelbagai mural sesuai untuk pengunjung yang suka bergambar.

Bukan hanya satu lorong tapi banyak lorong yang dindingnya dijadikan ruang untuk menghargai seni jalanan, antara tema lukisan adalah Palestin Art Corner, Batik serta Seni dan Budaya.

Mee Warisan KB
Yang sering disebut-sebut oleh warga Tiktok, rupanya ini kedai makan sedap yang warga Kota Bharu simpan dari semua! Kedainya ringkas sahaja di barisan kedai biasa tetapi antara menu popular adalah Mee Kicap Ayam Goreng, Chicken Roll & Wantan Goreng.

10 tempat ini semua berada di Kota Bharu, jadi pastikan anda singgah di tempat-tempat di atas samada pada hari hujung minggu atau hari biasa asalkan ketika anda ada di Kota Bharu.

Kalau mahu lagi selamat, jangan lupa check dulu samada tempat itu sudah bukak atau belum ya!

Sekiranya anda memerlukan tempat tinggal di Kota Bharu, tempah terus dengan kami di sini.

You don't have permission to register