40 Tempat Pelancongan Menarik Di Kota Bharu (Versi 2022)

Bersempadan dengan Thailand, Kelantan yang berjiran dengan negeri Terengganu (di Timur), Pahang (di Selatan) dan Perak (di Barat) sekelilingnya dan merasai keramahan rakyatnya. Inilah tempat-tempat yang sesuai dengan mode percutian anda pada bila-bila masa sahaja.

Kredit: Tourism Kelantan

Berikut merupakan 40 tempat pelancongan menarik di Kota Bharu buat semua jenis pengunjung ke Kelantan.

Pasar Besar Siti Khadijah
Boleh dikatakan sebagai ‘one stop center’, Pasar besar Siti Khadijah mempunyai 3 tingkat dengan bahagian yang berbeza. Aras bawah mengumpulkan kedai-kedai yang menjual barang dapur dan pasar basah. Aras satu terdapat kedai-kedai yangmenjual makanan kering seperti keropok ikan, dodol, ikan kering, rempah-ratus termasuk serunding. Aras kedua merupakan syurga bagi kain pasang, kain batik, kain pelikat, telekung, beraneka jenis tudung, baju wanita, t-shirt dan lain-lain.

Pasar Terapung Pulau Suri
Nama pun Pasar Terapung, jadi tiada jalan darat untuk ke sana kecuali hanyalah menaiki bot dari jeti Kuala Besar atau jeti Kok Majid. Pasar ini yang terletak di daerah Tumpat juga hanya beroperasi pada hari Sabtu. Bukan hanya makanan malah aktiviti mewarna batik, menjahit atap nipah dan macam-macam lagi yang menarik.

Pantai Nami Bachok (Pantai Senok)
Pokok-pokok pine yang tumbuh rapat yang membuatkan seluruh persisiran pantai itu seperti ‘Nami Island’ di Korea Selatan. Deretan pokok juga telah memberi kesan redup sesuai untuk berkelah, bersantai ataupun sesi fotografi.

Min House Camp
Kalau anda sukakan percutian berkonsepkan ‘nature’, pastinya ini adalah tempat yang sesuai kerana dikelilingi dan dibina di tepi sungai. Pengunjung juga dapat merasai aktiviti berkayak, memerhati kelip-kelip, memanah dan pelbagai lagi.

Camp Site & Recreation Telaga Bijih
Camp Site & Recreation Telaga Bijih sesuai untuk aktiviti berkeluarga seperti berkelah dan berkhemah sambil mandi manda. Tempat ini juga dikira besar keranan boleh memuatkan 500 orang pada suatu masa. Masuk adalah percuma ya!

Pantai Cahaya Bulan
Kalau sudah berada di Kota Bharu, eloklah jika pengunjung singgah di Pantai Cahaya Bulan untuk bermain layang-layang ataupun menunggang kuda di tepi pantai.

Gelanggang Seni Kelantan
Salah satu pusat warisan kebudayaan negeri Kelantan yang mempersembahkan wayang kulit, seni silat tari, permainan gasing. Setiap persembahan ada jadualnya jadi semak dulu masa dan jenis persembahan sebelum datang ya.

Kedai Kopi White House
Fuh! Berusia 87 tahun (ditubuhkan pada 1935) sesuai untuk menikmati pengalaman kedai kopi klasik, pengunjung boleh cuba resepi kopi turun temurun bersama set roti bakar dan telur separuh masak.

Pasar Borong Wakaf Che Yeh
Dua konsep yang berbeza kerana pada waktu siang, pasar ini merupakan pasar borong barangan basah, manakala pada waktu malam pula ia berkonsepkan pelbagai barangan seperti kain pasang, toto, tuala dan pelbagai lagi.

Rumah Api Pantai Senok
Bagi yang suka menikmati saat-saat matahari terbenam sambil melakukan aktiviti bbq atau berkhemah, sesuai untuk pengunjung yang sukakan ketenangan, datanglah ke Rumah Api Pantai Senok.

Gunung Stong
Bagi penggemar aktiviti mencabar boleh cuba mendaki ke kemuncak Gunung Stong yang mencecah 1422 meter serta disajikan dengan pemandangan laut China Selatan dan kepulan awan.

Air Terjun Jelawang
Dah sampai di Gunung Stong, pengunjung sekaligus dapat menikmati Air Terjun Jelawang yang merupakan tertinggi di Asia Tenggara dan berehat berdekatan dengan Baha’s Camp.

Sungai Kenerong Dabong
Masih lagi di kawasan yang berdekatan, Sungai Kenerong sesuai untuk pelbagai aktiviti lasak seperti water tubing, berakit, berkayak, rock climbing, abseiling, ATV dan pelabagi lagi serta boleh bermalam di Jelawang Pipe Resort!

Taman Negara Kuala Koh
Lokasi ini sesuai untuk penggemar burung kerana boleh melakukan pemerhatian burung seperti Murai Batu, Enggang Badak, Kuang Raya, Enggang Terbang Mentua dan Cecawi Anting-Anting.

Bank Kerapu (Muzium Perang)
Sesuai bagi pengunjung untuk memperingati Peperangan Dunia Kedua yang merupakan permulaan bagi Perang Dunia Kedua di Tanah melayu. Tujuan asalnya sebagai bank perdagangan telah digunakan sebagai ibu pejabat kempetai Jepun.

Kota Bharu Street Art
Seni jalanan yang mempunyai pelbagai mural sesuai untuk pengunjung yang suka bergambar. Bukan hanya satu lorong tapi banyak lorong yang dindingnya dijadikan ruang untuk menghargai seni jalanan.

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing)
Nama lainnya iaitu Masjid Beijing adalah kerana senibinanya yang seakan-akan Masjid Niujie di Beijing, China. Masjid ini juga dipenuhi dengan dewan makan, klinik, dewan serbaguna dan perpustakaan bagi tingkat satu dan ruang sembahyang untuk tingat kedua.

Jambatan Keretapi Guillemard
Disebalik tempat yang membawa mood klasik untuk sesi fotografi, ia juga merupakan jambatan keretapi yang terpanjang di Malaysia. Hati-hati semasa bergambar ya kerana ia juga merentasi Sungai Kelantan!

Pantai Tok Bali
Antara pantai yang merupakan tempat para nelayan menurunkan hasil tangkapan mereka seperti ikan, sotong, udang semuanya segar-segar belaka!

Tok Aman Bali Beach Resort
Resort ini terletak di Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh jauh dari bandar sesuai untuk pengunujung menikmati suanan pantai yang dingin. Unik dengan reka bentuknya, kolam renang yang luas, aktiviti berbeku pada waktu malam dan pelbagai lagi!

Air Terjun Jeram Linang
Kawasan air terjun yang paling awal dibangunkan oleh Kerajaan Negeri kelantan yang dilengkapi dengan kemudahan seperti surau, tandas awam serta restoran. Sesuai delawati pada bulan April hingga September ketika cuaca cerah.

Balai Seni Lukis Kelantan
Lukisan halus mengenai sisir-sisir kota di seluruh Kelantan, semua hasil karya lukisan di Balai Seni Lukis kelantan merupakan hasil daripada Persatuan Penggiat Seni Lukis Kelantan (PELUKIS)

Gua Ikan
Pengunjung yang suka menerokai gua boleh cuba melawati Gua Ikan yang dan lihat sendiri kehadiran ikan di dalam air yang mengalir di dalam gua. Gua Ikan juga mudah diakses dengan kenderaan sahaja.

Pasar Tani Terapung Pangkalan Datu
Terletak 10km dari Kota Bharu, pengunjung boleh menikmati pelabgai makanan dan tangkapan laut yang segar di pasar terapung ini. Pasar terapung ini juga beroperasi pada hari Sabtu bermula dari 8 pagi.

Taman Air Splash
Jika anda bercuti dengan keluarga dan kanak-kanak, bawalah mereka ke sini kerana ada tiga bahagian berbeza yang mempunya kedalaman berbeza. Harga juga dari RM3 hingga RM7.

Kota Sultab Ismail Petra
Tak lengkap kalau anda dah sampai di kelantai tetapi tidak singgah disini kerana disinilah terkumpulnya monumen-monumen bersejrah seperti Bank Kerapu, Bank Pitis, Istana Balai Besar dan semuanya mempunyai jarak jalan kaki sahaja.

Zon bebas Cukai Rantau Panjang
Biasanya kalau kita bawa mak, pasti mereka suka untuk shopping barangan pinggan mangkuk, periuk belanga, set sudu garpu dengan harga yang berpatutan serta bebas cukai!

Muzium Wau
Sudah di negeri asal permainan wau, sudah tentulah wajib singgah di Muzium Wau. Pelbagai variasi wau yang dipamerkan dan anda mungkin berpeluang untuk menikmati proses pembuatan wau oleh yang pakar.

Masjid Ar-Rahman (teknologi hijau)
Dilengkapi dengan kayu cengal dan 90% ukiran tangan, Masjid ini juga mengadaptasi teknologi hijau tanpa menggunakan penghawa dingin kerana tingkap dari atas ke bawah yang membuka laluan angin.

Bird Singing Contest
Setiap tahun pada hujung bulan Ogos di Padang Perdana akan diadakan Pertandingan Nyanyian Burung. Tetapi jika anda datang pada hari lain, jangan khuatir, pengunjung tetap dapat menikmati nyanyian burung beraksi pada hari Jumaat dan Sabtu pagi di Padang Burung Nyanyian.

Kulit Wayang Crash Course
Pakar dalam wayang kulit, Pak Din menyediakan kursus untuk membuat kulit wayang dari A hingga Z dari 10 pagi hingga 5 petang dan peserta akan membawa pulang hasil karya seni tersendiri!

Jungle Train
Jika anda merupakan ‘backpacker’, pastinya ini adalah aktiviti sempurna kerana keretapi ini menelusuri kampung, sungai, bukit bukau dari satu tempat ke suatu tempat untuk menerokai Malaysia dengan cara yang berbeza.

Tokong Wat machimmaram (Buddha Duduk)
Walaupun tokong ini dilengkapi dengan Buddha Duduk tetapi ketinggiannya bersamaan 10 tingkat bangunan. Sama seperti pengunjung yang meneroka masjid, pengunjung juga dapat melihat ukiran dan kesenian di sekeliling kuil ini.

Tokong Wat Phothivihan (Buddha Tidur)
Terletak di Tumpat bersempadan dengan Thailand, maka pengaruh Buddhisme merupakan antara agama yang mempunyai bilangan penganut yang tinggi di serata dunia. Oleh itu, mereka turut membina beberapa patung Buddha yang besar bagi menghormati agama mereka.

Siam Restaurant
Sudah berjiran, haruslah mempunyai pengaruhnya juga dari segi rasa. Menggunakan konsep food court, pelbagai makanan istimewa Siam dan Thailand yang boleh didapati disini.

Restoran Nasi Ulam Cikgu
Suasana di sekeliling restoran yang cantik dan unik kerana merupakan tapak tinggalan istana diraja kelantan. Terkenal dengan sajian pelbagai ulam dengan beraneka lauk tradisional masyarakat kelantan.

Keropok Lekor Z
Pembuatannya dipertontonkan kepada pelanggan oleh pemiliknya sendiri, maka pengunjung dapat merasai sendiri keropok lekor digoreng panas secara terus dengan sos cili asli.

Pantai Bisikan Bayu
Lokcing, Sate, Otak-Otak yang terdapat disekitar pantai Bisikan Bayu sambil menikmati keindahan pantai yang mendinginkan. Makanan disitu juga penuh rasanya yang asli kerana dibuat terus oleh penduduk tempatan disitu.

Pok Loh Milo Tonggeng
Seakan milo dinasour, warung ini terkenal dengan taburan milo yang menggunung untuk setiap cawan. Menu istimewa selain Milo Tonggeng untuk sarapan pagi adalah Nasi Kerabu, Set Sate, Laksam dan pelbagai lagi.

KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh
Terletak berdekatan dengan Wakaf Che Yeh sesuai untuk penggemar makanan laut untuk menikmati hidangan laut yang beraneka masakan. Selain ikan bakar, menu seperti sotong goreng tepung, ikan kerapu bakar berempah, tomyam serta hidangan ala Thai yang lain.

Cukup dari segi makanan, alam semula jadi, barangan, aktiviti lasak, kebudayaan warisan melayu dan macam-macam lagi untuk pengunjung terokai negeri Cik Siti Wan Kembang ini! Jangan lupa singgah tempat-tempat best di Kota Bharu ya. Kalau nak cari tempat untuk home stay, sila tempah terus kat sini.

You don't have permission to register