10 Tempat Menarik yang Jarang Dilawati di Kota Bharu

Suka pergi ke tempat menarik yang jarang dilawati di Kota Bharu? Jom kita lihat.

Sesetengah pengunjung yang suka pergi ke ‘hidden gem’ atau ‘rare’ berbanding tempat-tempat yang biasa dilawati, senarai ini dapat membantu anda untuk mengalami percutian yang menarik dan tersendiri.

Par 3 Golfer’s Terrace Cafe
Berkelah di atas rumput padang Golf di dengan kawasan yang luas, cantik dan kemas. Kelantan Golf Club PC telah membuka kafenya kepada orang ramai. Tempat ini juga sesuai untuk Sambutan Hari Lahir, Ulang Tahun Perkahwinan dan macam-macam lagi! Menu dan harganya juga berpatutan seperti kedai makan biasa!

Par 3 Golfer’s Terrace Cafe, Pengkalan Chepa, Kelantan Golf Club 16100 Kota Bharu, Kelantan.

Facebook: https://www.facebook.com/Par-3-Golfers-Terrace-Cafe-100321292632534/

Pantai Nusuk

Pantai Nusuk yang terbukti kedudukan yang ‘nusuk’ iaitu bermaksud tersembunyi kini telah dibangunkan supaya menjadi tempat mandi manda, berkelah, aktiviti layang-layang, main buai dan kedai makanan tempatan. Fakta menarik: RM2 yang dikenakan untuk letak kereta dikatakan hanyalah untuk pengusaha tempat itu untuk membersihkan dan menjaga Pantai Nusuk.

Pantai Nusuk, 16100 Kota Bharu, Kelantan.

Min House Camp
Kalau anda sukakan percutian berkonsepkan ‘nature’, pastinya ini adalah tempat yang sesuai kerana dikelilingi dan dibina di tepi sungai. Pengunjung juga dapat merasai aktiviti berkayak, memerhati kelip-kelip dan memanah. Ada juga spa iaitu Puteri Saadong Spa, Restoran Lapa untuk makanan western dan boleh lepak di Kahawa Coffee.

Min House Camp, Lot 1287, Kampung Pulau, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan
Facebook: https://www.facebook.com/minhousecamp/

Seedak Resto
Tempat lepak baru di Kota Bharu untuk pengunjung yang suka cuba makanan baru sambil lepak-lepak dengan kawan dan keluarga. Beroperasi dari 5:30 petang hingaa 12:30 malam menghidangkan variasi makan seperti Nasi Lemak Ayam Kampung, Nasi Lemak Ayam Fred, Nasi Lemak Ketam, Nasi Lemak Udang Galah, Nasi Lemak Sotong dan makanan Western!

Lot 1213, Jalan Guchil Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Facebook: https://www.facebook.com/seedakrestokb

Pasar Terapung Pulau Suri
Nama pun Pasar Terapung, jadi pengunujung boleh menaiki bot dari jeti Kuala Besar atau jeti Kok Majid. Pasar ini yang terletak di daerah Tumpat juga hanya beroperasi pada hari Sabtu. Bukan hanya makanan malah aktiviti mewarna batik, menjahit atap nipah untuk pengunujung merasai sendiri pengalaman menarik itu.

Pulau suri, 16200 Tumpat, Kelantan

Pasar Terapung Pengkalan Datu
Terkenal dengan jualan makanan tempatan rakyat Kelantan serta tangkapan laut yang segar di pasar terapung ini. Beroperasi pada hari Sabtu bermula dari 8 pagi, disini juga ada servis river cruise, pertunjukan silat dan pengunjung juga boleh menginap di penginapan tepi sungai Pengkalan Datu.

Lot 261, Jalan Raja Sakti, Kampung Pengkalan Datu, 16150 Kota Bharu, Kelantan
Facebook: https://www.facebook.com/photo/?fbid=5172053606211257&set=gm.547920546847197

Pantai Mek Mas
Dikenali sebagai pantai padang pasir. Sesuai untuk mandi manda, bergambar, juga menguji kecerdasan fikizal untuk mendaki gunungan pasir di Pantai Mek Mas seperti di Tanah Arab! Unta sahaja yang belum ada 😂

Pulau Tengah, Kubang Kerian, KB
Dikenali dengan Restoran Terapung iaitu Selera D Air K’Kochok Pulau Tengah, River Cruise mengunakan bot tradisional ukiran kayu iaitu Bot Kolek, ​​Jeti Terapung sejauh 350m. Tapak khemah juga ada untuk disewa sesuai untuk bina campfire, memancing, berkayak dan mandi manda di Pulau Tengah Eco Water Park.

Kg Pulau Tengah, Mukim Pulau, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan
Facebook: https://www.facebook.com/Pulau-Tengah-105513788574283/

Samurai Yakiniku
Rasai pengalaman sendiri membakar daging Wagyu unutk pengunjung dapat pengalaman makan di Restoran Jepun di Kota Bharu. Kedainya yang baru siap diubah suai dengan saluran penyedut asap kini sudah dibuka dan tawaran Buffet Yakiniku dan Shabu Shabu ‘free flow’ selama satu jam dengan harga RM25!

PT2301, Jalan Hospital, Berek 12, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
Facebook: https://www.facebook.com/samuraiyakiniku/

Pantai Nami, Korea (Pantai Senok & Pantai Kundur)
Kedua-dua pantai ini dihiasi dnegan pokok-pokok pine yang tumbuh rapat yang membuatkan seluruh persisiran pantai itu seperti ‘Nami Island’ di Korea Selatan. Deretan pokok juga telah memberi kesan redup sesuai untuk berkelah, bersantai ataupun sesi fotografi. Pengunjung boleh memlih samada untuk ke Pantai Senok atau Pantai Kundur mengikut kesesuaian kerana kedua-duanya berada di Kota Bharu.

Semoga senarai ini bermanfaat dan kalau anda sukakan senarai ini, kongsi bersama artikel ini supaya kita sama-sama dapat menaikkan lagi aspek pelancongan di negeri Kelantan selepas pandemik ini. Nak cari tempat tinggat? Tempah terus dengan kami di sini.

You don't have permission to register