Kafe Tersembunyi – Drum and Desk
Sukar untuk mempercayai bahawa terdapat cafe yang bagus, Drum and Desk di kawasan perumahan di Kota Bharu ini. Satu kejutan yang menggembirakan kerana di tengah-tengah konservatisme negeri ini, kami mempunyai tempat yang tidak mencerminkannya.
Yang best sekali, cafe ini terletak lebih kurang 4 km dari Salaam Suites. Tempat ini juga menjadi lokasi lawatan kebanyakan pengunjung kami yang ingin menikmati makanan berkualiti di suasana yang moden dan kontemporari.
Kafe Drum and Desk ini menawarkan anda pengalaman hebat hampir untuk segala-galanya. Dari persekitaran, rasa dan sesuatu yang istimewa untuk pencinta kopi. Memandangkan mereka berjaya dianugerahi pangkat naib juara barista Malaysia, kopi merupakan salah satu item dalam menu yang mesti and cuba. Mereka juga mengimport serbuk kopi mereka sendiri dan memprosesnya. Oleh itu, tidak hairanlah jika kafe ini diselubungi aroma kopi yang membuka selera.
Berbanding dengan kafe lain di Kota Bharu, julat harga mereka agak mahal tetapi kafe itu sendiri, persekitaran dan kualiti makanan sangat berbaloi.
Kalau nak lawat kafe ini perlulah datang awal-awal. Tempat letak kereta sentiasa menjadi isu di sini kerana ia terletak di kawasan perumahan. Tempat itu agak terpencil di dalam kawasan perumahan Taman Sari, Kota Bharu. Tempat letak kereta agak terhad tetapi anda sentiasa boleh meletak kenderaan di tepi jalan tanpa perlu risau tentang mendapatkan tiket parking dari pihak berkuasa.
Jadi kebanyakan pengunjung kafe ini perlu parking jauh-jauh dan jalan kaki ke sini. Bila parking, pastikan kereta anda tidak menghalang jalan penduduk tempatan.
Ia pasti berbaloi untuk membelanjakan wang anda untuk kopi mereka. Mereka menjual 2 jenis biji kopi. Anda boleh memilih salah satu untuk cawan latte anda. Mereka juga memanggang biji kopi kisar mereka sendiri. Cappuccino saya mengingatkan kafe terbaik di Melbourne – dan saya tidak terkejut bahawa mereka mempunyai barista yang memenangi anugerah.
Dari segi makanan, semua yang saya cuba benar-benar lazat. Chicken chop juicy dihidangkan bersama kentang goreng terbaik yang pernah saya makan, penkek gebu yang cantik (gaya Jepun) dihidangkan bersama mentega, krim dan sirap maple, croissant panas yang dihidangkan daripada ketuhar dan salah satu kek keju terbaik yang pernah saya rasa! Buttermilk chicken chop mereka juga agak istimewa, rangup dan sedap.
Terdapat ruang makan yang dikhaskan untuk acara peribadi, dan perbelanjaan minimum RM300 untuk satu resit diperlukan jika anda nak membuat penempahan untuk bilik tersebut. Jika anda sedang mencari ruang kerja bersama, ini juga tempatnya. Mereka mempunyai pusat kerja bersama di tingkat atas yang serupa dengan suasana di Sydney atau New York. Malah, kafe Drum and Desk ini adalah ruang kerja bersama pertama di Kota Bharu! Mereka mempunyai pas harian, mingguan dan bulanan, dengan internet pantas juga! Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan staff mereka yang ramah mesra. Mereka pasti dapat membantu anda.
Drum and Desk mempunyai suasana yang sangat bagus dan suasana santai. Ia seperti menikmati alam semula jadi dengan masa berhenti seminit. Bolehlah tutup mata dan bermeditasi untuk seminit sambil menghirup udara yang segar dengan bau kopi mereka.
Tempat duduk di luar berpagar dengan betul supaya kami boleh membiarkan anak-anak berlari dan bermain-main semasa kami makan. Saya sangat suka tempat duduk luar mereka. Terdapat tumbuh-tumbuhan persekitaran yang menjadikan tempat tersebut lebih releks dan tenang. Ia juga adalah salah satu tempat dalam kafe ini yang paling Insta-worthy.
Pelayan mereka pula adalah sopan, profesional dan menghormati sambil sentiasa mencuba yang terbaik untuk memenuhi keperluan anda. Dengan ini, kami memberi mereka 5 bintang dalam review. Mereka juga menerima pembayaran e-wallet. Oleh itu, tak payahlah bawa dompet pun boleh.
Terdapat pelbagai makanan istimewa seperti dessert yang harus anda cubai. Adakah anda pernah pergi ke Drum and Desk? Macam mana dengan pengalaman anda di sana? Komen di bawah!
Jika anda suka cafe ini, anda pasti juga akan suka The Bold Lab!
Drum and Desk
2055, Lorong Taman Sari 2, Taman Sari, 15200 Kota Bharu, Kelantan
09-743 5898
Photo kredit: Drum & Desk
Cafe di Kota Bharu yang harus anda cuba
Ayang Cafe
The Bold Lab
Shiro Yuki Dessert Cafe